Demam Denggi Tidak Halang Annuar Tanding Kerusi MT

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Annuar Musa
Annuar Musa

PETALING JAYA: Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang bertanding bagi kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno telah bersedia untuk menghadapi saingan kecil atau besar.

Namun apa yang tidak dijangka dan tidak membuat persediaan untuk digigit nyamuk.

Annuar menghabiskan masa selama 10 hari di Hospital Kuala Lumpur kerana demam denggi dan hanya dibenarkan keluar beberapa hari lalu untuk berehat di rumah.

Ahli politik Kelantan yang dikenali dengan pidatonya yang berapi-api, kini hanya boleh bercakap perlahan kerana masih rasa lemah.

Tetapi beliau mengesahkan masih ingin bertanding bagi jawatan itu dan jika menang, beliau bercadang untuk menyuarakan isu dan mempertahankan parti.

"Mereka yang mahu berada di peringkat tertinggi dalam membuat keputusan dalam Umno juga perlu mempunyai kualiti yang tertinggi. Parti perlukan lebih ramai orang yang bebas dan mempunyai objektif yang berani mengatakan sesuatu. Kita tidak seharusnya berada di dalam majlis tertinggi hanya untuk menggosok bahu dengan presiden atau berada dekat dengan menteri," katanya.

Salah satu perkara pertama yang mana Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan ini lakukan apabila meninggalkan wad adalah merakam video untuk memberi semangat kepada pasukan Kelantan 'Red Warriors' untuk menang dalam perlawanan menentang Johor dalam Piala Malaysia.

Suaranya hampir tidak boleh didengari dan beliau menangis pada akhir video. Usaha beliau tidak sia-sia kerana Kelantan menewaskan Johor 6-1 pada Sabtu lalu.

Nombor enam seolah-olah mempunyai signifikasi kepada beliau kerana di hospital, beliau berada di Bilik No 6, merupakan anak keenam dalam keluarga, hujung telefon bimbitnya adalah nombor 666666 dan nombor bilangan pencalonan bagi pertandingan MT adalah 06.

Tetapi, katanya yang terbaik dalam semuanya adalah enam gol Red Warriors.

Secara kebetulan, kempen pengenalan calon Umno di Kelantan berlaku pada 6 Oktober.

Annuar, yang juga Pengerusi Mara, tidak hadir tetapi semua orang bersorak untuk beliau apabila pengacara Datuk Seri Awang Adek Hussein memulakan ucapannya bercakap tentang kemenangan Red Warriors 'malam sebelumnya.

Ketereh adalah satu-satunya bahagian mempunyai dua calon yang bertanding untuk MT.

Calon yang lain adalah rakan Annuar dan timbalan pengerusi bahagian Datuk Alwi Che Ahmad yang merupakan antara yang pertama melawat beliau di hospital.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan