Audit Awal Oleh PAC, Langkah Perbaiki Integriti

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menyifatkan langkah Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk memulakan proses pengauditan lebih awal bagi projek yang melebihi kos RM1 bilion sebagai langkah memperbaiki integriti sesebuah syarikat atau organisasi.

Pengerusi Prasarana Tan Sri Ismail Adam berkata cadangan itu juga dilihat sebagai pencegahan yang baik berhubung kesalahan membabitkan integriti atau sebarang kesalahan lain yang membabitkan sesebuah projek.

"Proses pengauditan merupakan amalan yang baik kerana ia dapat memberi kesedaran bahawa setiap kerja yang dilakukan perlulah betul, ikut peraturan dan penuh integriti dan langkah yang diambil PAC itu juga dilihat sebagai rangka pencegahan dan pendidikan.

"Audit bukan untuk menghukum, sebaliknya untuk memperbaiki, ia sebenarnya lebih kepada pembangunan yang dapat membantu meningkatkan produktiviti dengan meletakkan asas pelaksanaan tugas berdasarkan integriti," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Oktober sebagai bulan Integriti Kumpulan Prasarana, oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, pada Khamis.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk menjalankan proses pengauditan lebih awal ke atas projek yang melebihi kos RM1 bilion dan memantau projek melebihi kos RM500 juta.

Ismail berkata bagi memastikan pegawai Prasarana mengekalkan integriti sekali gus menyahut usaha kerajaan meningkatkan integriti dalam organisasi, pihaknya akan melihat keperluan untuk mendedahkan salah laku pekerja sebagai pengajaran untuk yang lain, seperti yang dilakukan agensi kerajaan lain.

"Tindakan tatatertib memang diambil, tetapi setakat ini tiada pegawai yang disabitkan dengan jenayah berat dan dibawa ke mahkamah. Jadi kita akan lihat keperluan untuk mendedahkan kesalahan yang dilakukan petugas sebagai iktibar dan mencegah pihak lain mengikut langkah yang sama.

Mengenai status projek penyambungan jajaran transit aliran ringan (LRT) bagi laluan Ampang dan Kelana Jaya, beliau berkata proses pembinaannya kini pada tahap 45 peratus.

"Masalah utama yang menyebabkan kelewatan tarikh siap semasa kerja pembinaan dilaksanakan membabitkan isu teknikal seperti penemuan kabel syarikat telekomunikasi dan paip bawah tanah yang perlu dipindahkan sebelum pembinaan struktur sokongan LRT dibuat," katanya.

Beliau berkata projek itu dijangka siap sepenuhnya mengikut jadual pada 2016.

Sementara itu, Abu Kassim dalam ucapannya berkata aspek utama dalam memupuk dan mengekalkan integriti dalam sesebuah organisasi atau syarikat ialah pendidikan, kemahiran dan pencegahan, yang perlu diketahui oleh setiap pegawai, bukan sahaja dalam kalangan pegawai atasan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan