Ali Rustam Bidas Kenyataan Guan Eng

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam membidas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam sebuah portal yang mengibaratkannya sebagai pejuang Nazi kerana menghina kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina.

"Adakah salah saya mempertahankan perlembagaan yang melindungi hak-hak orang Melayu, Bumiputera dan Islam yang cuba dihapuskan oleh DAP.

"Beliau (Lim) perlu cermin diri dia dahulu kerana sikap kuku besinya dalam DAP sendiri," katanya ketika ditemui pada sesi pengenalan calon anggota majlis tertinggi dan pergerakan sayap Umno di sini, Rabu.

Portal berkenaan hari ini melaporkan gesaan setiausaha agung DAP itu agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan tegas terhadap Mohd Ali atas penghinaan terhadap kaum bukan Melayu bagi membuktikan beliau serius menegakkan aspirasi 1Malaysia serta mengelak pemimpin UMNO terus menyebar fitnah ke atas pembangkang.

Calon Naib Presiden UMNO itu tidak hairan dituduh rasis oleh pembangkang kerana perjuangannya terhadap hak kaum Melayu dan Bumiputera.

Beliau berkata tuduhan dan cemuhan pembangkang tidak mematahkan semangatnya memperjuangkan perlembagaan, khususnya dalam mempertahankan hak Melayu, Bumiputera dan rakyat beragama Islam di negara ini. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan