Agenda Kerajaan Perkasa Ekonomi Bumiputera Penting Untuk Perbetul Ketidaksamarataan Antara Kaum - Dr Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Agenda kerajaan untuk memperkasa ekonomi Bumiputera adalah penting untuk perbetulkan ketidaksamarataan antara kaum, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ini bukan kes memihak kepada Bumiputera, tapi bagi bahagian mereka. Kalau mereka tak dapat apa langsung, saya ingat akan ada perasaan marah atau 'tension' dan ini tidak baik untuk negara kita.

"Adalah lebih baik untuk membuat sedikit pengorbanan untuk membetulkan ketidakseimbangan dalam masyarakat kita supaya setiap kaum boleh berkongsi dalam semua yang dilaksanakan di negara ini," katanya semasa melawat kerja pembinaan bawah tanah dan terowong Transit Aliran Massa Lembah Klang oleh MMC-Gamuda di Cochrane, Cheras, di sini, Khamis.

Dr Mahathir berkata pengkrtitik lupa bahawa di masa lepas, kebencian terhadap orang kaya oleh orang miskin telah menyebabkan orang ramai memberontak terhadap kerajaan dan membawa masuk ideologi bahau seperti sosialisme dan komunisme. "Jika miskin ada kaitan dengan kaum, potensi untuk berlaku keganasan adalah lebih besar. Kita mahu membetulkan jurang antara yang kaya dan miskin dan ketidaksamarataan antara kaum di negara ini," katanya.

Beliau berkata membetulkan ketidaksamarataan antara kaum akan menjadikan Malaysia stabil dan membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 dan menjadi sebuah negara maju lebih awal daripada sasaran.

Pada September, agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Dr Mahathir menasihatkan perwakilan Umno supaya memilih pemimpin yang benar-benar berkeupayaan kerana ia akan menjadi faktor penting yang akan mempengaruhi kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) kelak.

Saya nak ingatkan kepada semua orang (bahawa) pemilihan ini mungkin dalam Umno sahaja tetapi sama ada pemilihan ini baik atau tidak, akan dilihat dalam pilihan raya akan datang.

"Kalau pilih pemimpin yang tidak baik, jangan harap nak menang PRU-14," katanya.

Beliau berkata menang dengan majoriti besar dalam pemilihan Umno tidak akan menjamin sokongan rakyat secara keseluruhannya terhadap seseorang pemimpin itu.

"Walaupun dia menang majoriti besar (dalam pemilihan Umno), tapi kalau orang ramai pandang dia sebagai tak layak, dia tidak akan dapat sokongan (pada PRU-14)," katanya.

Pemilihan ketiga-tiga sayap Umno akan diadakan Sabtu ini manakala peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi pada 19 Oktober. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan