1,248 Kemalangan Tempat Kerja Dicatat Sehingga Mei Tahun Ini

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,248 kemalangan di tempat kerja daripada 10 sektor perindustrian dilaporkan sehingga Mei tahun ini, menurut statistik Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 2013.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib berkata daripada jumlah itu, sebanyak 68 kes maut, 1,099 kes Tidak Hilang Upaya Kekal (THUK) dan 81 kes Hilang Upaya Kekal (HUK) dilaporkan.

Katanya terdapat 10 sektor yang sering terlibat dalam kemalangan pekerjaan meliputi pengilangan; perlombongan dan kuari; pembinaan; pertanian, perhutanan dan perikanan; kemudahan; pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi; perdagangan borong dan runcit; hotel dan restoran; kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan; serta perkhidmatan awam.

"Sektor pengilangan merupakan antara penyumbang tertinggi kepada jumlah kemalangan yang dilaporkan sehingga Mei 2013 iaitu sebanyak 774 kes, meliputi 30 kes maut, 683 kes kemalangan THUK dan 61 kes HUK.

"Sektor itu juga menjadi penyumbang kepada 62 peratus kes kemalangan daripada jumlah THUK, 75 peratus daripada jumlah kes HUK serta 44 peratus daripada jumlah kes maut 10 sektor industri," katanya ketika menjawab soalan Senator S.T Chandra Mohan di persidangan Dewan Negara, Rabu.

Chandra Mohan ingin mengetahui tentang bilangan kemalangan perindustrian yang telah dilaporkan dan langkah akan diambil oleh kementerian untuk mewujudkan budaya kerja yang mementingkan keselamatan.

Ismail berkata dalam mewujudkan budaya kerja yang mementingkan keselamatan, JKKP telah menjalankan audit pematuhan terhadap perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ke atas semua sektor pekerjaan.

"Sebanyak 177,000 bilangan penguatkuasaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam semua sektor industri telah dilaksanakan pada tahun ini," katanya.

Selain itu, katanya JKKP juga telah mengkaji, menggubal dan menyediakan penetapan standard yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja serta mengadakan pelbagai promosi dan latihan bagi meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan pekerja dan majikan.

"Selain mengenakan tindakan undang-undang bagi majikan yang gagal mematuhi peruntukan perundangan JKKP, Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2011-2015 (OSH MP15) juga ditetapkan bagi menentukan objektif pengurangan kadar kemalangan maut sebanyak 20 peratus dan pengurangan kadar kemalangan yang dilaporkan sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2015," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan