Umno Tidak Mahu Individu Sertai Parti Atas Sebab Tidak Baik - Najmuddin

Diterbitkan: Rabu, 9 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno memberi amaran kepada calon bahawa tindakan akan diambil sekiranya terdapat bukti berlaku amalan politik wang.

Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, ia tidak akan menjadi seperti mahkamah undang-undang di mana bukti menjangkaui keraguan munasabah diperlukan bagi membolehkan seseorang itu didapati bersalah.

"Umno mengambil tindakan berdasarkan imbangan kebarangkalian, di mana tahap bukti yang diperlukan kurang sedikit berbanding diperlukan oleh mahkamah.

"Kami menerima semua jenis bukti. Malah khabar angin juga boleh diambil kira untuk tujuan siasatan," katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa itu menerima pelbagai aduan menjelang pemilihan parti kali ini.

Umno merupakan satu-satunya parti politik di negara ini yang mempunyai mekanisme dalaman yang ketat untuk memeriksa rasuah.

"Umno cukup berani untuk mengambil tindakan. Kami telahpun mengambil tindakan terhadap menteri-menteri kanan. Tiada parti lain di Malaysia seberani kami.

"Umno tidak mahu mana-mana individu menyertai parti atas sebab-sebab tidak baik.

"Kami tidak mahu mereka ini membeli parti dan menjadikan parti ini satu entiti perniagaan," kata Megat Najmuddin.

Malah calon yang menang juga berdepan risiko digugurkan sekiranya terdapat bukti mereka menggunakan wang untuk mempengaruhi orang lain sepanjang tempoh berkempen.

"Ia belum berakhir sebelum pemilihan parti diadakan," katanya.

"Siasatan akan dilakukan ke atas setiap aduan yang diterima.

"Kami boleh menghidu (permainan). Kami berada agak lama di sini untuk mengetahui permainan ini dan mereka tidak boleh menipu kami," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan