PRK Sungai Limau: Calon Tua Atau Muda Bukan Isu Bagi PAS - Nasrudin

Diterbitkan: Rabu, 9 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Calon tua atau muda tidak menjadi isu bagi Dewan Pemuda PAS dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata dalam PRK Sungai Limau, apa yang paling penting adalah kemenangan dan beliau percaya PAS pusat mempunyai kebijaksanaan meletakkan calon boleh menang.

"Kalau ikut saya secara peribadi memang saya mahukan calon orang muda sebagai pelapis dan pemimpin yang boleh meneruskan perjuangan Pemuda PAS.

"Sekarang, calon muda atau tua bukan isu yang penting boleh menang. Saya percaya PAS ada percaturan dan bijak membuat keputusan mengenai calon yang dirasakan boleh menang," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata walau siapa pun calon yang diletakkan, Pemuda PAS akan berusaha habis-habisan untuk menawan hati pengundi di sana.

Jelasnya, majlis pelancaran jentera pilihan raya akan diadakan pada 12 Oktober ini dan selepas itu Pemuda PAS bersama anggota Pakatan Rakyat akan turun berkempen secara bergilir-gilir sehingga hari pengundian.

"Dalam Ijtima Tarbawi 3.0 baru-baru ini, seramai lima hingga enam ribu peserta menyatakan komitmen untuk turun padang membantu menggerakkan jentera pilihan raya.

"Fokus kita adalah penduduk tempatan kerana di sana tiada undi pos atau undi awal," katanya.

Mengenai peluang untuk menang, Nasrudin berkata beliau yakin PAS mampu mempertahankan kerusi yang disandang Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Tapi kita tak mahu 'over confident' dan akan terus berusaha menarik seramai mungkin pengundi," katanya.

Pengundi muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau meliputi kira-kira 11,000 daripada 27,222 jumlah keseluruhan pengundi.

Tarikh penamaan calon ditetapkan pada 23 Oktober manakala tarikh pengundian ialah 4 November selepas Azizan meninggal dunia pada 26 September lepas.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan