PAS Putuskan Calon DUN Sungai Limau Pada Khamis

Diterbitkan: Rabu, 9 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS akan mengadakan mesyuarat diperingkat pusat bagi memutuskan siapakah calon sesuai yang akan dipilih bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Khamis (esok).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti itu akan membincangkan senarai pendek calon yang telah dihantar oleh PAS Kedah dalam mesyuarat berkenaan.

"Sudah pasti kita akan pilih calon boleh menang. Tidak kira calon muda atau tua.

"Ini kubu kuat kita, yang penting calon itu diterima oleh pengundi di Sungai Limau," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata PAS juga akan memilih calon yang boleh meneruskan legasi kepimpinan bekas penyandangnya, Allahyarham Tan Azizan Abdul Razak.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian penyandangnya, Azizan yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan kencing manis di Hospital Sultanah Bahiyah pada 26 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 23 Oktober ini, manakala hari pengundian pada 4 November.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Azizan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru yang turut membabitkan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali daripada Barisan Nasional.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan