Laporan Audit: Kerajaan Pusat Tiada Kemahuan Politik Henti Ketirisan, Pembaziran - Anwar

Diterbitkan: Rabu, 9 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012 membuktikan kerajaan pusat tidak mempunyai kemahuan politik dalam menghentikan ketirisan dan pembaziran dalam pentadbiran kewangan negara, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, laporan audit itu diibaratkan sebagai 'deja vu' yang menunjukkan pengulangan bukti kecuaian dan penyelewengan berterusan ekoran kegagalan kepimpinan negara dalam menguruskan ekonomi secara teratur, telus dan bijaksana.

"Kita (pembangkang) merumuskan bahawa ianya melambangkan keadaan di mana tidak ada upaya, tekad dan political will (kemahuan politik) untuk menghentikan ketirisan dan pembaziran ini. Dan ini bukannya perkara baru.

"Saya ingin tekankan bahawa terdapat kelemahan pengurusan ekonomi negara dan keduanya, tidak ada tekad politik yang jelas untuk menangani masalah ini maka ianya berulang tahun demi tahun," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Rabu.

Sehubungan itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh ke atas semua kes penyelewengan dan pembaziran, serta mengenakan tindakan terhadap mereka yang berkenaan.

Ditanya mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang melibatkan kerajaan negeri pembangkang, Anwar berkata, satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi meneliti perkara yang berbangkit dalam laporan itu.

"Kita telah pun memaklumkan kepada Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim), Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yakob) dan Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) supaya barisan Exco mereka boleh berbincang dan mengambil tindakan terhadap teguran itu," katanya.

Antara yang dibangkitkan Anwar menerusi penemuan Jabatan Audit Negara pada Khamis adalah RM2.051 bilion yang dibelanjakan dari 2010 ke 2012 untuk Kementerian Pelajaran bagi membayar pengawal tidak bersenjata bagi mengawal sekolah di mana antara mereka berumur dan tidak disahkan latar belakang.

Ini termasuk kelewatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memungut cukai dari syarikat-syarikat perniagaan mengakibatkan kerugian RM62 juta dan kasut buatan khas untuk pegawai Jabatan Kastam yang lambat diagihkan mengakibatkan 7,659 pasang kasut dimusnahkan kerana tidak mengikut spesifikasi, dengan bernilai RM602,089.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan