Kerajaan Tanggung RM8,000 Kos Perubatan Seorang Pesakit Akibat Merokok Setiap Tahun

Diterbitkan: Rabu, 9 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kerajaan menanggung kos perubatan kira-kira RM8,000 setiap seorang pesakit akibat merokok pada setiap tahun di negara ini.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Datuk Ghazali Md Hassan berkata penyakit yang berkaitan dengan rokok berada dalam kategori kesepuluh penyebab utama kemasukan pesakit ke hospital kerajaan dengan 35 peratus daripada mereka yang dimasukkan ke hospital akan berakhir dengan kematian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan tembakau merupakan faktor kedua yang menyumbang kepada kematian seluruh dunia, di mana satu daripada 10 orang penduduk dunia diramal mati akibat merokok, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Ketagihan Nikotin 2013 di HRPZ II di sini, Selasa.

"Setiap tahun, lima juta penduduk dunia dianggarkan mati akibat merokok dan angka ini akan terus meningkat kepada 10 juta orang menjelang tahun 2020," katanya.

Ghazali berkata ekoran daripada itu, HRPZ II menganjurkan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok yang mula beroperasi pada 2007, namun tidak mendapat sambutan.

"Setelah diberi nafas baharu pada tahun ini ia mendapat sambutan dan menerima seramai 71 pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat untuk berhenti merokok," katanya.

Beliau berkata menurut WHO sesebuah Klinik Berhenti Merokok boleh dikatakan berjaya sekiranya 20 peratus bilangan pelanggan yang berdaftar telah berjaya berhenti merokok.

"Sehingga September 2013 sebanyak 37 peratus iaitu 26 orang pesakit telah berjaya berhenti merokok dan angka ini telah melebihi standard yang diguna pakai oleh WHO," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan