Jawatankuasa Khas Ditubuh Kenal Pasti Punca Dinding Bangunan Runtuh

Diterbitkan: Rabu, 9 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dinding sebuah gudang di Kompleks Perindustrian Bandar Darul Aman di sini yang dijadikan pusat beli belah, runtuh pagi Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Kedah Badrol Hisham Hashim berkata jawatankuasa itu yang turut dianggotai Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan(CIDB), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat akan meneliti punca sebenar untuk membolehkan tindakan diambil terhadap pemaju.

Katanya ini kerana Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) meluluskan pembinaan bangunan itu untuk dijadikan gudang industri tetapi dijadikan pusat beli belah.

"Ini sepatutnya gudang untuk industri. Siasatan awal berkemungkinan beban siling dan bumbung terlalu berat menyebabkan struktur bangunan tidak mampu tahan beban dan jatuh.

"Kita lihat ada beberapa masalah lain seperti tiada Sijil Layak Menduduki (CF) dan pembinaan tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan," katanya ketika melawat bangunan berkenaan pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 8.40 pagi Selasa, dinding pusat beli-belah Borong C-Mart di Kompleks Perindustrian Bandar Darul Aman yang baru beroperasi Julai lepas, runtuh.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Beliau turut menasihatkan semua pemaju bangunan komersial supaya mengikut peraturan pihak berkuasa tempatan kerana tidak mahu kejadian sama berulang kerana bangunan industri tidak boleh diubahsuai untuk dijadikan pusat beli belah.

Sementara itu, Yang Dipertua MDKP Zahari Ismail berkata empat blok di kawasan runtuhan itu diberi notis arahan tutup serta merta bermula Selasa sebagai langkah keselamatan.

Beliau juga berkata MDKP sedang dalam proses mengenakan tindakan undang-undang kepada pemaju atas kesalahan menukar status gudang perindustrian kepada pusat beli belah yang beroperasi Julai lepas.

Ditanya kenapa MDKP mengambil masa lama untuk tindakan undang-undang terhadap pihak pemaju, Zahari berkata pihaknya perlu mengikut beberapa peraturan sebelum mengambil tindakan undang-undang, malah pembinaan dan operasi gudang itu dalam pemerhatian pihaknya.

Pengurus Hartanah Intra Growth Sdn Bhd, pemaju bangunan itu, Kim Lim Teng berkata bangunan itu yang pada asalnya terbengkalai dibina awal tahun lepas mengikut spesifikasi yang ditetapkan pihak berkuasa.

Katanya pihaknya juga sedih dengan perkara yang berlaku dan menunggu siasatan lengkap untuk mengenal pasti punca kejadian. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan