Anwar Nasihatkan Zahid Ikuti Kursus Asas Undang-Undang Terlebih Dahulu

Diterbitkan: Rabu, 9 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya mengikuti kursus asas undang-undang terlebih dahulu sebelum memberi kenyataannya yang didakwa bahawa suspek penjenayah perlu ditembak dahulu tanpa sebarang amaran.

Anwar berkata, jika penjenayah itu bersenjata api, berbahaya dan mengancam keselamatan pasukan anggota polis maka polis berhak untuk mempertahankan diri mereka dan mengambil tindakan awal.

"Tetapi kenyataan daripada Datuk Seri Zahid Hamidi adalah kenyataan 'kosong'. Kenyataannya secara umum memberi ruang (kepada polis untuk tembak suspek penjenayah terlebih dahulu). Itu kenyataan yang salah.

"Beliau patut mengikuti kursus asas undang-undang dengan segera. Kalau tidak kenyataan itu adalah kenyataan yang melulu dan bahaya kerana ia memberikan ruang supaya polis bertindak tanpa apa-apa alasan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rakaman yang dimuat naik di sebuah portal berita yang memetik Zahid yang didakwa sebagai berkata bahawa polis tidak perlu lagi berkompromi dengan penjenayah dan menembak mereka terlebih dahulu tanpa memberi sebarang amaran.

Klip video berkenaan dirakam di sebuah majlis taklimat keselamatan di Melaka pada Sabtu lepas.

Anwar menambah, kenyataan Zahid adalah tidak wajar dan ia hanya memberi petanda yang bahaya terhadap anggota polis dalam bertindak ketika berhadapan dengan penjenayah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan