Wakil BN Cadang Anak Syarikat Kerajaan Kelantan Diaudit Badan Luar

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah mencadangkan agar semua anak syarikat milik kerajaan Kelantan diaudit oleh badan luar bagi memastikan tiada sebarang ketirisan dan salah guna kuasa berlaku.

Nozula (BN-Paloh) ketika membahaskan Belanjawan 2014 kerajaan Kelantan di Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini, berkata audit luar itu perlu dipanggil segera bagi membuat siasatan terperinci.

Selain itu, Nozula juga turut menyentuh mengenai program Ladang Rakyat yang didakwanya tidak memberi sebarang keuntungan kepada rakyat dan mahukan kerajaan negeri memberikan laporan telus kepada rakyat yang ingin mengetahui status sebenar program berkenaan.

Seorang lagi wakil BN, Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) meminta penjelasan mengenai projek pembinaan Lebuhraya Rakyat yang tidak dimasukkan di dalam penyata Belanjawan berkenaan.

"Satu dunia dah tahu mengenai cadangan pembinaan lebuhraya ini. Tak kan tidak ada peruntukan untuk projek ini dalam Belanjawan," katanya.

Beliau berkata kerajaan Kelantan telah banyak kali menandatangani memorandum persefahaman (MoU) namun hanya kira-kira lima peratus perjanjian itu dilaksanakan dan ini membuktikan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.

Abdul Aziz turut membidas kerajaan negeri yang tidak mengumumkan tarif baharu air yang dikenakan kepada pengguna, berkuat kuasa Ogos lepas.

"Kenapa takut mahu umumkannya. Perlu beranilah berdepan dengan rakyat," katanya.

Sementara itu penyokong kerajaan, Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) mahu kerajaan negeri menyegerakan pembinaan rumah mampu milik kepada rakyat dan mencadangkan satu pasukan khas ditubuhkan bagi merealisasikan pembinaannya.

"Saya mahukan agar pembinaannya perlu bermula sebelum PRU-14. Buat pagar pun tak apa dahulu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan