Usaha Perkasakan Ekonomi Bumiputera Lahirkan Lebih Ramai Melayu Kelas Pertengahan - Syed Ali

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syed Ali Alhabshee
Syed Ali Alhabshee

PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yakin usaha kerajaan memperkasakan ekonomi Bumiputera akan melahirkan lebih ramai golongan Melayu kelas pertengahan sejajar dengan pembangunan ekonomi negara.

Justeru, beliau berharap pelbagai kementerian menerusi Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) akan turut memainkan peranan secara lebih pro-aktrif bagi merealisasikan hasrat tersebut.

"Sudah sampai masanya satu mekanisma diwujudkan bagi melahirkan lebih ramai golongan Melayu pertengahan yang mampu bersaing dengan kaum lain dalam penguasaan bidang ekonomi," katanya dalam entri terbaru laman blognya, Umnocheras.blogspot.com.

Menurutnya, selain kementerian, syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) wajar memberi keutamaan kepada usahawan Melayu untuk mendapatkan peluang-peluang pekerjaan.

"Kita tidak mahu syarikat atau usahawan Melayu terus terpinggir untuk mendapat peluang pekerjaan kerana pihak berkenaan lebih berminat menawarkan kepada syarikat yang lebih besar," katanya.

"Kita tidak mahu lagi mendengar rungutan bahawa bahawa berlaku ketidakadilan dan diskriminasi dalam pengagihan kontrak, ini akan mematikan semangat usahawan Melayu.

Jelasnya, kementerian terbabit tidak memberi peluang kepada usahawan Melayu selagi itulah usaha untuk melahirkan lebih ramai golongan Melayu kelas pertengahan akan terbantut.

"Usaha untuk mewujudkan Melayu pertengahan bukan lagi retorik tetapi satu pendekatan kaedah yang harus dilaksanakan secara serius oleh kerajaan," tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pandangan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi menerusi artikel bertajuk 'Tambah Golongan Pertengahan Melayu' seperti yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini.

Sambil bersetuju dengan pandangan Ab. Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, Syed Ali berpendapat usaha melahirkan golongan Melayu pertengahan memerlukan pembabitan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan.

"Walau apapun tafsirannya, usaha tersebut memerlukan sokongan pihak kerajaan, jika tidak usahawan Melayu akan terus terpinggir," ujarnya.

"Apa yang disuarakan oleh Ab. Aziz merupakan pengharapan golongan usahawan Melayu, ianya harus dibela, diberikan peluang dan seterusnya berusaha mengangkat mereka sebagai Melayu berdaya saing yang mampu menempoh cabaran dan persaingan dalam dunia global.

"Jika ramai pemimpin Umno berpendirian seperti Abd. Aziz, saya yakin proses melahirkan golongan Melayu pertengahan dan bumiputera akan terlaksana sejajar dengan transformasi politik yang dilakukan kerajaan.

Sehubungan itu, Syed Ali mengingatkan bukan Melayu supaya tidak mempolitikkan usaha kerajaan meningkatkan tahap dan kualiti pencapaian Melayu dan bumiputera kerana usaha pembelaan tersebut perlu dilakukan walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) dimansuhkan.

"Dalam menempoh persaingan dan jurang ekonomi, bukan Melayu tidak perlu berasa tersisih kerana selama ini mereka terlebih dahulu telah menikmati limpahan ekonomi kesan daripada kestabilan negara," tegasnya.

"Jangan ada pihak yang cuba mempertikaikan usaha kerajaan memperkasakan ekonomi kaum Melayu, selama ini mereka turut merasai kemewahannya kesan daripada dasar dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata usahawan Melayu juga perlu meningkatkan kemahiran dan penguasaan bagi membolehkan mereka lebih berdaya saing dan mampu berdiri dengan kaum lain.

Dalam artikel berkenaan, Ab. Aziz dilaporkan menegaskan perkara utama yang diperjuangkan oleh beliau adalah supaya transformasi ekonomi kerajaan diselaraskan dengan matlamat mewujdukan lebih ramai golongan pertengahan Melayu dan bumiputera.

Timbalan Menteri Pengangkutan itu juga turut menyentuh mengenai kepentingan Melayu terpinggir terutama dalam soal perumahan yang kini menyaksikan ramai kaum berkenaan tidak mampu membeli rumah di bandar-bandar kerana harganya terlalu mahal.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan