Tempat Pembiakan Tikus Terlalu Hampir Dengan Hospital

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Persekitaran yang kotor dan menjijikan di sekitar medan selera, restoran dan pasar raya di pusat komersil Kubang Kerian yang terletak kira-kira 30 meter daripada Hospital Universiti Sains Malaysia telah menyebabkan kawasan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus.

Populasi tikus terus meningkatkan sejak beberapa tahun dan menyerang kawasan hospital dengan memasuki laluan bawah tanah dan sistem kumbahan di kompleks hospital unniversiti berkenaan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Baru, Fauzi Mat berkata beberapa langkah akan diambil untuk mengatasi masalah tersebut, termasuk menghapuskan tempat pembiakan dan sumber tikus berkenaan.

Fauzi berkata MPKB juga akan menasihatkan pengusaha gerai makananan mengenai cara yang betul untuk membuang sisa makanan.

"Sistem pungutan sampah di kawasan berkenaan juga boleh ditambah bagi mengurangkan sampah dan sisa makanan," katanya.

HUSM menjadi tempat pembiakan tikus rumah dan tikus pembentungan menyebabkan kira-kira 2,800 kakitangan, pelajar perbuatan, jururawat dan pesakit di hospital berkenan berhadapan dengan penyakit leptospirosis yang disebabkan oleh air kencing dan air liur tikus.

Bagaimanapun sehingga kini, tiada kes sedemikian dilaporkan di hospital tersebut.

Menurut seorang kakitangan hospital tersebut, tikus berkenaan berkeliaran di kawasan kafeteria dan bilik makanan turut membuat sarang mereka di atas ribuan kaki persegi siling hospital berkenaan.

Ada juga laporan diterima menunjukkan tikus tersebut telah merosakkan sistem pendawaian elektrik di tingkat bawah bangunan hospital berkenaan.

Hospital yang telah dibina pada 1983 di atas kawasan seluas 72.84 hektar di bandar Kubang Kerian.

Ia merangkumi kampus kesihatan, hospital, jabatan kardiotoraks dan sekolah pergigian.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan