Perumahan Rakyat Fokus Utama Kerajaan Dalam Bajet 2014 - Ahmad Husni

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keperluan rakyat dari segi perumahan dan infrastruktur akan menjadi fokus utama kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata sebanyak tiga model Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) akan diperkenalkan dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bertindak sebagai pemaju utama.

"Kita dapati perkara yang paling dikehendaki oleh rakyat ialah perumahan dan kita akan memberi fokus terhadap (sasaran) 1juta dalam tempoh lima tahun.

"Kita telah meminta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan SPNB yang mana SPNB pada kali ini akan menawarkan model RMR yang berbeza, bukan seperti yang dulu dengan satu model, sekarang ada tiga model," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Zakat Perniagaan Kebangsaan di sini, Selasa.

Ahmad Husni berkata model RMR yang akan diperkenalkan mempunyai harga berbeza, mengikut kemampuan rakyat iaitu RM65,000, RM55,000 dan RM45,000 dengan mendapat subsidi kerajaan.

Walaubagaimanapun katanya, ketiga-tiga model rumah mesra rakyat tersebut mempunyai tiga buah bilik dan selesa.

"Bagi yang RM65,000 kerajaan akan beri subsidi RM20,000 jadi bayaran oleh pembeli RM40,000.

"Ada pembeli yang tidak berkemampuan kita turunkan pula kepada RM55,000 dan RM45,000 di mana bagi rumah RM45,000 subsidi RM15,000 diberikan dan RM30,000 perlu dibayar, mengikut kemampuan mereka," katanya.

Ahmad Husni menjelaskan SPNB akan bertindak sebagai pemaju rumah idaman rakyat berskala besar dalam menawarkan rumah berharga murah kepada rakyat berbanding pemaju swasta.

Katanya, SPNB dilihat mampu menjadi pemaju berdasarkan pengalaman dan sesuai dengan matlamatnya, bukan untuk meraih keuntungan semata-mata.

"Pemaju swasta tidak dapat kurangkan harga rumah jadi kita minta SPNB sendiri yang mempunyai banyak tahun pengalaman menjadi pemaju," katanya.

Projek RMR diperkenalkan kerajaan pada 2002 dengan unit rumah berharga RM65,000 seunit dan subsidi kerajaan RM20,000.

Sehingga kini sebanyak 19,700 unit rumah telah dibina SPNB di seluruh negara.

Selain itu katanya, kerajaan juga akan memberi perhatian terhadap pembangunan kemajuan infrastruktur seperti elektrik, jalan raya dan air di kawasan tertentu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan