Peratusan Pengajaran Dalam BM Sepatutnya Dipertingkat - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peratusan pengajaran dalam bahasa Melayu bagi kursus-kursus kritikal di institusi pengajian tinggi di negara ini sepatutnya dipertingkatkan.

Beliau berkata langkah itu bukan bermakna menolak bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa tetapi sebagai usaha untuk meletakkan bahasa Melayu pada tempat sewajarnya.

Sebagai contoh, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata negara China, Jepun dan Korea mengutamakan bahasa ibunda dalam usaha pemerolehan ilmu pengetahuan tetapi turut menguasai bahasa utama dunia yang lain.

Berucap melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 di sini hari ini, Muhyiddin yang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 berkata beliau sedar bahawa kursus-kursus kritikal seperti kejuruteraan undang-undang dan perubatan menggunakan bahasa Inggeris.

Namun sepatutnya daripada tahun ke tahun terdapat usaha mengubah peratusan pengajaran daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, katanya.

Bagi menggalakkan golongan pensyarah di institusi pengajian tinggi awam dan swasta menghasilkan karya ilmiah dalam bahasa Melayu, timbalan perdana menteri berharap golongan penulis yang aktif menghasilkan karya seumpama itu diberi pengiktirafan dan insentif.

Penulisan ilmiah dalam bidang kritikal seperti undang-undang, kejuruteraan dan perubatan dalam bahasa Melayu sewajarnya dihargai, katanya.

Beliau berkata kerajaan turut menyarankan satu daripada syarat kenaikan pangkat pensyarah ialah menulis buku ilmiah atau makalah ilmiah dalam bahasa Melayu. "Inilah bidang keberhasilan berimpak tinggi yang harus digerakkan dalam melaksanakan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di institusi pengajian tinggi," katanya.

Menurutnya pelan tindakan itu yang dilancarkan sejak 2011 antara lain bertujuan mengukuhkan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan dan penerbitan.

Setelah tiga tahun pelan tindakan itu dilancarkan, beliau berkata keberkesanan pelaksanaannya belum dapat dilihat. "Saya dapati masih banyak kursus di institusi pengajian tinggi menggunakan bahasa Inggeris," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata soal memperkasakan bahasa kebangsaan bukan hanya dipikul oleh warga pendidik malah harus juga disokong oleh seluruh rakyat.

"Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, kefahaman, toleransi dan sikap keterbukaan harus menunjangi apa jua program kebahasaan dan pendidikan.

"Inilah kekuatan yang ada dalam masyarakat kita yang harus dipelihara selamanya untuk menjamin keharmonian negara," katanya yang melahirkan rasa bangga kerana sambutan bulan bahasa kebangsaan turut disertai rakyat berbilang kaum di negara ini.

Sempena majlis anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan kerajaan negeri Perlis itu Muhyiddin turut melepaskan peserta konvoi Kembara Bahasa 2013 yang akan menjelajah seluruh negara. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan