Penjawat Awam Cuai Perlu Dikenakan Tindakan - Lee

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pemegang Amanah 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye pada Selasa berkata tindakan perlu diambil terhadap penjawat awam yang didapati bertanggungjawab bagi salah laku yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 kerana ia melibatkan wang pembayar cukai.

Beliau berkata hasil laporan itu jelas menunjukkan bahawa prinsip utama integriti dan tadbir urus yang betul tidak diamalkan dengan berkesan oleh jabatan dan agensi terlibat.

"Kawalan dalaman dan sistem audit sedia ada mesti dikaji semula secara menyeluruh bagi menghapuskan kelemahan dan, jika perlu, sistem pengurusan risiko juga perlu dikaji. "Terdapat juga keperluan untuk menggalakkan tip daripada pemberi maklumat dan aduan daripada pegawai yang jujur dan dedikasi yang boleh membantu memerangi salah laku dalam mana-mana jabatan dan agensi kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini.

Lee berkata keputusan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi meneliti Laporan Ketua Audit Negara, menangani isu berkenaan dan mengenalpasti semua yang bertanggungjawab, adalah langkah yang betul kerana ia selaras dengan apa yang perlu dilakukan oleh sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

Jawatankuasa khas yang akan ditubuhkan itu mesti di peringkat tinggi, yang dianggotai mereka yang kompeten dan mempunyai integriti yang tinggi untuk membetulkan keadaan dan mencegah berulangnya isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu, katanya.

"Pada hakikatnya, apa yang didedahkan dalam laporan itu bukan baharu. Isu-isu berkaitan salah pengurusan, ketirisan, penyelewengan, pembaziran, pemantauan dan pelaksanaan lemah, dan kurangnya integriti dilihat timbul setiap tahun," kata Lee sambil menambah bahawa kini tiba masanya tindakan tegas dan drastik diambil untuk menangani isu itu bagi memastikan integriti di kalangan penjawat awam.

Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab jawatankuasa peringkat tinggi untuk mengenal pasti pelbagai kelemahan dan kekurangan dan membuat cadangan bagi menangani masalah itu selain memastikan cadangan itu dilaksanakan sepenuhnya.

Kerajaan telah memberi penekanan kepada sektor swasta untuk mengamalkan urus tadbir korporat yang baik dan sudah pasti ia boleh dijadikan contoh, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan