Nazri Kekal Ketua Umno Bahagian Padang Rengas

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nazri Aziz
Nazri Aziz

IPOH: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menang tanpa bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Padang Rengas selepas dua pencabarnya masing-masing menarik diri dan dibatalkan pencalonan.

Minggu lalu, Bendahari Bahagian itu, Datuk Jamal Nasir Rasdi yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lubuk Merbau menarik diri daripada persaingan berkenaan yang didakwanya bagi mengelak masalah pada bahagian berkenaan selain perpecahan dalam parti.

Jamal Nasir yang membuat keputusan berkenaan semasa tempoh bertenang 72 jam tamat 24 September lalu berkata, perkara tersebut dilakukan selepas perundingan dibuat sesama rakan dan ahli-ahli parti itu.

Pada Isnin, pencabar kedua Mohamed Nazri iaitu Bekas Setiausaha Majlis Perumahan Negara, Shahidan Yussof atau lebih dikenali sebagai 'Cikgu Dan' pula dibatalkan pencalonan kerana dikatakan gagal memenuhi keperluan yang ditetapkan jawatankuasa pemilihan.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang mengesahkan pembatalan tersebut berkata kepada Utusan Malaysia dilaporkan berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai alasan sebenar tindakan yang telah diambil terhadap Shahidan itu.

"Memang dia (Shahidan) dibatalkan. Tapi kita (Umno Negeri) tidak tahu mengapa. Tidak ada maklumat," katanya yang enggan mengulas lanjut kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi pada Isnin.

Ini bermakna, setakat ini sembilan ketua Umno Bahagian di Perak menang tanpa bertanding selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datoh), Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Tambun), Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (Lumut), Datuk Saarani Mohamed (Lenggong),Datuk Shamsuddin Abd. Ghaffar (Ipoh Barat), Datuk Zaim Abu Hasan (Parit), Datuk Sham Mat Sahat (Bagan Serai) dan Azhar Jamaluddin (Teluk Intan).

Dengan perkembangan itu bermakna, Mohamed Nazri yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang undang-undang dan mempunyai Ijazah Barrister At-Law dari Lincoln's Inn, United Kingdom kekal menerajui bahagian berkenaan bagi tempoh tiga tahun lagi selepas mula dipilih menjawat jawatan nombor satu di peringkat bahagian itu sejak 2004.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan