Najib Tiba Di Bandar Seri Begawan

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini malam Selasa, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-23 dan sidang kemuncak berkaitan yang dijadual pada Rabu dan Khamis.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 8.45 malam.

Ketibaan mereka disambut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Brunei Datuk Awang Sahak Awang Salleh.

Najib, yang mengetuai delegasi Malaysia di sidang kemuncak itu, sebelum itu menghadiri Sidang Kemuncak Para Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Bali.

Para pemimpin Asean dijangka menerima beberapa dokumen utama semasa sidang kemuncak itu yang termasuk Kenyataan Bandar Seri Begawan mengenai Komuniti Asean Visi Pasca 2015 hasil inisiatif Malaysia.

Dokumen itu akan menandakan usaha Asean untuk berkembang dan menjelaskan mengenai visi pasca 2015.

Selain Sidang Kemuncak Asean ke-23, Najib juga akan menghadiri beberapa siri sidang kemuncak berkaitan dengan rakan dialog Asean seperti China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand, India, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa Bersatu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan