Maybank Sedang Kenalpasti Calon Isi Jawaan CEO Maybank IB

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd sedang mengenal pasti calon yang berpotensi menggantikan Tengku Zafrul Tengku Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank susulan peletakan jawatan beliau pada 24 September.

Pengerusi Kumpulan Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata calon yang sesuai akan diumumkan tidak lama lagi kerana mereka (calon berpotensi) masih sedang dalam proses disenarai pendek.

"Kami masih sedang memilih orang yang paling sesuai bagi membangunkan syarikat untuk memastikan beliau memahami sepenuhnya cabaran mendatang bagi Maybank IB," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Cashville Kidz Season 2 dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Cabaran Celik Kewangan Nasional 2013, di sini, Selasa.

Maybank IB merupakan cabang perbankan pelaburan Malayan Banking Bhd, peserta perkhidmatan kewangan utama Malaysia.

Beliau berkata Timbalan CEO dan Ketua Perbankan Pelaburan dan Penasihat Maybank IB John Chong akan memegang jawatan sebagai pegawai bertanggungjawab sementara Maybank Investment dan Maybank Kim Eng.

"Walaupun kami mempunyai bakat dalaman, kami tidak menolak kemungkinan mengambil orang di luar daripada syarikat (untuk mengisi jawatan itu)," katanya. Megat Zaharuddin berkata sebaik sahaja calon yang sesuai dikenal pasti, bank itu akan menyerahkan namanya kepada Bank Negara untuk kelulusan. "Kami akan melihat bagaimana kami akan menggantikan tenaga kerja ini ketika kami bergerak maju ke hadapan. Kami yakin akan mendapat pasukan yang sesuai menerusi mengimbangi tenaga kerja dalaman dengan pengambilan orang luar seperti apa yang kami lakukan pada masa lalu," katanya.

Dilaporkan terdahulu bahawa Tengku Zafrul akan menyertai pemberi pinjaman kedua terbesar negara, CIMB Group Holdings Bhd, sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan