Kos PR1MA Rendah 30 Peratus Jika Kerajaan Negeri Sedia Tanah Percuma - Abdul Rahman

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kos pembinaan rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mampu diturunkan 30 peratus jika kerajaan negeri sedia melepaskan tanah secara percuma bagi pembinaan kediaman berkenaan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata ini kerana komponen tanah merupakan antara kos tertinggi pembinaan rumah, dan ia dilihat sebagai kekangan bagi menyediakan rumah mampu milik untuk memenuhi permintaan semasa.

"Sebab itu saya gesa kerajaan negeri untuk lepaskan tanah mereka kepada PR1MA untuk kita gunakan bagi membina rumah mampu milik ini... jika tanah itu diberikan secara percuma, sudah tentu harga rumah itu akan rendah," katanya kepada pemberita sebelum mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan di bawah program 'Food For Life" Sekretariat Hal Ehwal Bandar di depan Masjid India, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas status terkini PR1MA, yang antara komitmennya ialah mewujudkan 500,000 rumah mampu milik dengan harga antara RM150,000 dan RM400,000 dalam tempoh lima tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Rahman berkata kementeriannya menerusi Belanjawan 2014, antara lain, mencadangkan agar insentif khas dapat diberi kepada pemaju bagi menggalakkan pembinaan lebih banyak rumah mampu milik.

Mengulas program 'Food For Life' setiap Selasa di Masjid India sejak Mac 2010, beliau berkata sehingga kini, ia membantu kira-kira 25,000 gelandangan mendapat pekerjaan, 12,282 dihantar pulang ke kampung masing-masing, 15,000 mendapat perkhidmatan kesihatan percuma, 6,500 mendaftar sebagai pengundi dan 12,000 menerima borang Bantuan Rakyat 1Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan