Kerajaan Pastikan TPPA Tidak Bawa Kesan Negatif - Hamim Samuri

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih berunding untuk memastikan kedaulatan negara dan kepentingan pelaburan tempatan tidak terjejas sekiranya Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri.

Beliau berkata kerajaan akan memastikan TPPA akan memberi kesan positif paling maksimum dan mengurangkan kesan negatif paling minimum kepada Malaysia.

"Kesan (positif) TPPA kepada pelaburan tempatan sudah tentu ada, ia akan dapat meningkatkan kualiti produk kita (tempatan) supaya setanding produk negara lain," katanya menjawab soalan tambahan Senator Norliza Abdul Rahim yang ingin tahu kesan TPPA terhadap pelaburan dalam negara, pada persidangan Dewan Negara di sini, Selasa.

Menjawab soalan asal Norliza, Hamim berkata kerajaan menyasarkan peningkatan sebanyak 73 peratus pelaburan domestik seperti digariskan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Norliza ingin tahu insentif yang dilaksana kerajaan untuk membantu merangsang pelabur tempatan bagi merancakkan pelaburan dalam negara.

"Dalam tempoh Januari hingga Jun 2013, pelaburan tempatan menyumbang sebanyak RM66.7 bilion iaitu 68.5 peratus manakala pelaburan asing menyumbang RM30.7 bilion (31.5 peratus)," katanya.

Hamim berkata kerajaan telah dan sedang melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan pelaburan dalam negara, antaranya penubuhan dana strategik pelaburan tempatan berjumlah RM1 bilion bagi membantu pelabur tempatan mendapat lesen memperoleh teknologi tinggi. "Kerajaan juga memberikan insentif pengurangan cukai korporat sehingga 20 peratus untuk tempoh lima tahun dan pengecualian duti setem untuk dokumen penggabungan kepada syarikat kecil yang menyediakan perkhidmatan bergabung menjadi satu entiti besar," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan