Jemaah Haji Akan Tinggalkan Arafah Pada 13 Oktober

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Jemaah haji Malaysia akan bertolak dari Masjidil Haram ke Arafah secara tiga peringkat pada 13 Oktober bagi memulakan ibadah haji musim ini.

Ketua Rombongan Haji Tabung Haji (TH) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, semua jemaah haji itu akan bergerak secara berperingkat mulai pukul 11 pagi sehingga tengah malam.

"Pada 13 Oktober ini adalah bersamaan 8 Zulhijah dan kita akan membawa jemaah secara berperingkat dan kesemua jemaah haji dijangka berada di Arafah awal pagi 9 Zulhijah iaitu pada 14 Okt," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke kawasan Masyair iaitu Arafah, Mina dan Muzdalifah dekat sini, Selasa.

Katanya, TH akan membantu membawa jemaah haji uzur atau yang berada dalam wad di hospital dengan ambulans untuk berwukuf kerana ia adalah rukun haji.

Beliau berkata, selepas wukuf di Arafah iaitu antara waktu Zohor sehingga Maghrib pada 14 Okt, rombongan jemaah haji itu akan dibawa keluar dari Arafah untuk bermabit (singgah) di Muzdalifah pada sebelah malam sebelum berkhemah di Mina untuk melontar di ketiga-tiga jamrah.

Syed Saleh berkata, jemaah haji akan diberi taklimat mengenai barangan yang perlu dibawa selama lima hari untuk kerja-kerja ibadah haji di Masyair.

"TH juga telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan jika berlaku hujan pada hari-hari berkenaan dan kesemua logistik telah pun dipasang mulai hari ini," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Arab Saudi juga telah mengarahkan semua pengurusan muassasah untuk memasang keperluan logistik hari ini.

Sementara itu, penerbangan terakhir yang membawa jemaah haji Malaysia ke Makkah dijangka tiba esok pagi, sekali gus menjadikan sejumlah 22,320 jemaah haji Malaysia berada di tanah suci untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Sehingga kini, lima jemaah haji warga emas dilaporkan meninggal dunia di Madinah dan Makkah. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan