Hilmi Diberi Tempoh Tujuh Hari Tarik Balik Kenyataan Isu Doktor Rasis

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya jika beliau enggan menarik balik kenyataan berhubung isu doktor rasis.

Satu notis tuntutan telah dikeluarkan pada 3 Oktober melalui Tetuan Karpal Singh & Co dan Hilmi diberikan masa tujuh hari untuk menarik balik kenyataan itu, kata Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin.

"Tindakan itu diambil selepas beberapa peluang diberikan agar Hilmi menarik balik kenyataan itu tetapi tidak dilakukan. Tindakan itu adalah pengajaran kepada mana-mana pihak supaya bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Tindakan itu diambil terhadap Hilmi selepas beliau mengatakan GKetua Menteri Lim Guan Eng gagal menunaikan janji untuk mengemukakan laporan tentang isu doktor rasis pada 25 Julai lepas.

Dalam notis tuntutan itu dinafikan secara mutlak bahawa Lim telah pada bila-bila masa jua, menyatakan bahawa beliau akan mengemukakan laporan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Julai lepas membangkitkan isu doktor rasis yang didakwa enggan memberi rawatan kepada pesakit Melayu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan