BN Sedia Hadapi PRK DUN Sungai Limau - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kerana mahu menawarkan khidmat bakti kepada rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun DUN Sungai Limau dianggap kubu kuat PAS, tetapi BN juga pernah menang di kawasan DUN itu.

"Prospek menang ada. Tak boleh andaikan hanya kerana sejarah kawasan ini dimenangi oleh PAS yang terakhir oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak (pada pilihan raya umum ke-13).

"BN macam biasa nak tawarkan khidmat bakti dan perjuangan yang kita boleh lakukan untuk membela penduduk di Sungai Limau. Sebab itu kita bersedia bertanding, buat yang terbaik supaya DUN Sungai Limau akan terus dimajukan dan dibangunkan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan BN dan Umno peringkat negeri Kedah dan Bahagian Jerai di sini, Selasa.

Katanya BN telah mempunyai profil pengundi di kawasan DUN Sungai Limau supaya ia dapat memenuhi aspirasi pengundi serta membantu mereka.

Muhyiddin berkata BN mahu berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu kerana mengetahui sebahagian besar penduduknya terbabit dalam sektor pertanian.

"Ada pesawah, ada nelayan, ada kerja sendiri. Itu (berkhidmat kepada rakyat) tujuan kita untuk tawarkan diri bertanding. Kita akan ambil pendekatan cukup berhemah. Ceritakan yang baik, yang hak supaya pengundi beri pertimbangan sewajarnya kepada calon (BN)," kata Muhyiddin.

Katanya BN perlu memahami kehendak setiap pengundi dan walaupun dikatakan 'underdog', kemenangan tidak mustahil dicapai kerana sifat manusia boleh berubah.

"Kita faham manusia boleh berubah kalau guna strategi berhemah. Kena faham kehendak setiap pengundi. Pengundi adalah raja, kena faham kehendak dan aspirasi mereka. Jentera parti kena jumpa mereka dan jelaskan perjuangan parti. Ada syarat-syarat perlu dipenuhi uuntuk capai kemenangan," katanya.

Muhyiddin berkata walaupun ketika ini Umno turut menghadapi pemilihan parti di peringkat bahagian pada 12 dan 19 Oktober ini, beliau telah diberikan jaminan oleh pimpinan Umno Bahagian Jerai, ia tidak akan menjejaskan persiapan menghadapi PRK. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan