22 Inisiatif Bangunkan Semula Kampung Baru - Tengku Adnan

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) sedang melaksanakan 22 inisiatif ke arah membangunkan semula kawasan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata antara perkara yang sedang dilakukan ialah sesi turun padang bertemu pemilik tanah dan penyediaan pelan induk terperinci pembangunan Kampung Baru 2020.

"Beberapa inisiatif lain juga dibuat seperti penyediaan prasarana projek menaik taraf jalan utama di Kampung Baru dan pembangunan semula Pasar Raja Bot melibatkan 1,527 penjaja yang sedang giat dijalankan," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, Selasa.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Firdaus Abdullah yang ingin tahu usaha terkini dan kemajuan yang dicapai PKB, sejak ia ditubuhkan.

Tengku Adnan menjelaskan sesi turun padang itu bertujuan bertemu semua pemilik dan pewaris tanah melibatkan tujuh kampung dengan 1,381 lot tanah untuk memberi penjelasan mengenai usaha kerajaan membangunkan semula Kampung Baru. "Sehingga akhir Ogos 2013, empat sesi 'rundingan' khas dilakukan berupa sesi pemudahcaraan PKB melibatkan tujuh siri perbincangan prospek hartanah antara pemilik tanah dengan pemaju berpotensi.

"Hasil turun padang di tiga kampung iaitu Kampung Periuk, Kampung Ujong Pasir dan Kampung Paya didapati penerimaannya amat positif dalam kalangan penduduk dan pewaris tanah. "Sesi turun padang seterusnya akan dibuat di empat kampung lagi iaitu Kampung Paya, Kampung Atas A, Kampung Atas B dan Kampung Pindah," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan