Tun Faisal Layak Tanding MT Umno

Diterbitkan: Isnin, 7 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Calon ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Tun Faisal Ismail Aziz pada Isnin diumumkan layak bertanding dalam pemilihan parti kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata, keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa membuat beberapa pertimbangan terhadap calon berkenaan yang sebelum ini disingkirkan namanya.

"Nama beliau dicadangkan oleh Pergerakan Pemuda Umno dan sebagai calon mewakili mereka (Pemuda Umno).

"Atas alasan itu Jawatankuasa Pemilihan parti berpendapat beliau boleh dipertimbangkan untuk bertanding... beliau dicadangkan dan mewakili," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Tajol Rosli berkata, mengikut Perlembagaan parti Fasal 9.5 Tun Faisal tidak layak bertanding.

Katanya, Tun Faisal yang merupakan exco Pemuda Umno tidak pernah menjadi ahli jawatankuasa bahagian dan bukan ahli MT yang menjadi syarat asas calon untuk bertanding dalam pemilihan parti.

Pun begitu katanya, pihak jawatankuasa telah merujuk Perlembagaan Parti Fasal 10.15 yang membolehkan calon nombor 11 itu dipertimbangkan untuk bertanding.

"Dalam hal Tun Faisal, beliau merupakan ahli Exco Pemuda Umno dan merupakan empat calon yang diketengahkan Pemuda.

"Beliau tidak layak sebenarnya di bawah Fasal 9.5 kerana tak pernah jadi ahli jawatankuasa bahagian dan ahli Majlis Tertinggi tapi kita rujuk Fasal 10.15 yang mana Majlis Tertinggi boleh mengambil tindakan untuk melicinkan demi kesempurnaan parti," katanya.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab. Rauf Yusoh sebelum ini berkata, Tun Faisal dan seorang lagi calon MT Prof Datuk Dr Zainul Fitri Othman hilang kelayakan bertanding kerana tidak memenuhi syarat asas iaitu perlu menjadi AJK bahagian.

Keputusan itu bagaimanapun mendapat perhatian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang berpendapat Tun Faisal layak bertanding kerana kedudukannya dalam jawatankuasa pusat lebih tinggi berbanding peringkat bahagian dan beliau telah dipilih memegang jawatan tersebut selama satu penggal.

Tun Faisal juga telah mengemukakan rayuan kepada naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin supaya pertimbangan dibuat bagi membolehkan nama beliau disenaraikan kembali.

Kemasukan semula Tun Faisal menjadikan jumlah keseluruhan calon bertanding peringkat MT seramai 63 orang.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan