SPRM Buka 15 Kertas Siasatan Berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2012

Diterbitkan: Isnin, 7 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebanyak 15 kertas siasatan telah dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan laporan yang dikeluarkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata SPRM akan meneliti secara serius kelemahan yang didedahkan oleh laporan itu.

"Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab SPRM untuk menyiasat kes rasuah, salah guna kuasa dan penyalah gunaan dana yang diketengahkan dalam laporan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mustafar berkata SPRM telah menubuhkan satu pasukan khas dengan Jabatan Audit Negara untuk menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

"SPRM, akan mengetuai pasukan ini, kita akan mengumumkan hasil dapatan, pelan tindakan serta tindakan selanjutnya yang akan diambil terhadap mereka yang terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pemalsuan," katanya.

Berhubung penubuhan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Mustafar berkata ia merupakan langkah yang bermakna dan usaha yang proaktif bagi membolehkan isu yang bangkitkan dalam laporan tersebut tidak berulang kembali.

"Pada masa yang sama, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang cuai dan gagal mematuhi undang-undang," katanya.

Beliau berkata selain daripada menjalankan siasatan, SPRM juga akan mengadakan perbincangan dengan jabatan terlibat untuk mendapatkan maklumat, bagi melengkapkan siasatan berhubung kes sedang dijalankan.

Sejak Laporan Ketua Audit Negara 2011, sebanyak dua kes telah di bawa ke mahkamah sementara lima pegawai kerajaan dikenakan tindakan disiplin.

Laporan Ketua Audit Negara telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan