Pemuda Gerakan Kedah Saran BN Bincang Isu Yang Dibawa Ke Parlimen

Diterbitkan: Isnin, 7 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pemuda Gerakan Kedah mencadangkan setiap rang undang-undang dan isu besar yang bakal dibentang di Parlimen dibincangkan terlebih dahulu di peringkat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN).

Ketuanya Tan Keng Liang berkata langkah itu bagi memantapkan peranan anggota parlimen BN. Ini juga dapat mengelakkan parti komponen BN terus bersuara di luar Parlimen kerana tidak puas hati terhadap perkara yang dibentangkan itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau memberi contoh isu Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang sudah diluluskan di Dewan Rakyat namun masih ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati di luar Parlimen.

"Pembaharuan seperti ini saya lihat mampu memantapkan BN menjelang pilihan raya umum ke-14 dan mampu menarik golongan muda lebih menyokong gabungan parti itu pada depan," katanya. Mengulas saranan pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu tidak dipertandingkan bagi mengelak perpecahan, Tan berkata saranan tersebut baik namun tidak wajar menghalang demokrasi.

Dalam kenyataannya semalam, Chang berkata adalah baik kedua-dua jawatan penting itu diisi secara kompromi dan persefahaman tanpa melibatkan pengundian. Pemilihan peringkat pusat Gerakan dijadualkan pada 26 Okt ini di Kuala Lumpur dengan penamaan calon pada 19 Okt.

Sementara itu, Tan berkata beliau menawar diri untuk bertanding bagi jawatan ketua Pemuda pusat pada pemilihan sayap 25 Oktober ini.

Katanya keputusan itu berdasarkan nasihat daripada barisan kepimpinan Pemuda akar umbi selain pemimpin peringkat induk. "Saya juga mengambil kira usia sekarang 36 tahun selain mahu memberi inspirasi kepada golongan muda untuk meningkatkan sokongan kepada Barisan Nasional," katanya.

Penyandang, Lim Si Pin yang juga anak bekas presiden parti mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik, mengumumkan tidak mempertahankan jawatan itu yang dimenanginya pada pemilihan 2008.

Setakat ini hanya Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong menyatakan minat untuk bertanding bagi jawatan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan