KPWKM Tubuh Jawatankuasa Teliti Laporan Ketua Audit Negara

Diterbitkan: Isnin, 7 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rohani. Foto AZMAN GHANI / THE STAR
Rohani. Foto AZMAN GHANI / THE STAR

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti dan mengkaji Laporan Ketua Audit Negara 2013.

Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, KPWKM sebenarnya mempunyai bahagian audit tetapi satu jawatankuasa khas diperkenalkan bagi meneliti laporan audit berkenaan.

“Bukan hendak kata sahih atau tidak sahih (laporan audit), tetapi kami mahu melihat sejauh mana perkara itu (teguran) boleh berlaku. Pada masa yang sama, kami melakukan siasatan mengenainya.

“Pada masa ini, kami dalam peringkat untuk membuat laporan maklum balas kepada Jabatan Audit Negara dan akan melakukan penambahbaikan kementerian bagi mengelakkan perkara tersebut berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas membuat lawatan khas kementerian ke ibu pejabat Star Publication (M) Berhad di Menara Star di sini, Isnin.

Turut sama Timbalan Pengerusi Eksekutif Star Publications (M) Berhad, Tan Sri Vincent Lee, Timbalan Ketua Pengarang 1 Kumpulan The Star, June Wong Har Leng dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM, Datuk Harjeet Singh Hardev Singh.

KPWKM antara kementerian yang ditegur dalam pembentangan laporan tahunan Ketua Audit Negara bagi tahun 2012 termasuklah kes individu yang telah meninggal dunia dilaporkan masih menerima bantuan kewangan.

Rohani berkata, KPWKM sebenarnya berterima kasih di atas teguran menerusi laporan itu.

“Kita sebenarnya berterima kasih atas teguran itu daripada Ketua Audit Negara. Ia ibarat sebagai ‘wake up call’ (teguran untuk penambahbaikan) di mana saya mengambilnya (teguran) secara positif.

“Apa sahaja teguran itu, kita sama-sama menelitinya dan kita cuba untuk memperbaiki. Tidak dinafikan terdapat beberapa perkara yang terjadi dan ia melibatkan kepentingan awam.

"Dan berdasarkan teguran itu, kita menubuhkan jawatankuasa khas untuk meneliti perkara tersebut,” katanya.

Antara lain dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 menyatakan bahawa KPWKM dikesan gagal menguruskan pemberian bantuan kewangan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) dengan baik.

Dalam laporan itu turut mendedahkan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah KPWKM masih memberi bantuan kebajikan kepada 145 orang yang telah meninggal dunia di Kelantan, Sabah dan Negeri Sembilan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan