Guna Pendekatan Baru Raih Sokongan

Diterbitkan: Isnin, 7 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebahagian daripada kad nama calon yang bertanding pada Pemilihan Umno 2013.
Kebanyakannya menyertakan janji mereka kepada parti serta nombor telefon calon.
Sebahagian daripada kad nama calon yang bertanding pada Pemilihan Umno 2013. Kebanyakannya menyertakan janji mereka kepada parti serta nombor telefon calon.

PETALING JAYA: Mereka yang bertanding pada pemilihan Umno tahun ini tampil dengan idea yang lebih inovatif dalam usahan memperkenalkan diri mereka kepada 146, 000 perwakilan.

Selain menggunakan kad nama dan poster yang terdiri daripada pelbagai warna dan bentuk, mereka turut menggunakan pelekat, kipas dan butang.

Pada hari pertama, pengurus kempen dan agen calon dilihat sibuk mengedarkan bahan kempen kepada perwakilan yang hadir pada sesi pengenalan calon di Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan pada Jumaat.

Ada juga yang mengedarkannya secara senyap, sementara mereka yang lebih berani melaung-laungkan nama dan nombor yang diwakili oleh calon yang bertanding.

Aktiviti tersebut dilihat seperti suasana pesta kerana ia merupakan satu-satunya acara yang membenarkan calon bertemu dengan perwakilan di setiap negeri.

Sepanjang program berkenaan yang diadakan di setiap negeri kecuali Sarawak, lebih 200 calon yang bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi, Exco Wanita, Pemuda dan Puteri diperkenalkan kepada perwakilan.

Setiap sesi pengenalan mengambil masa kurang daripada satu minit sementara calon dibenar bersalaman dengan perwakilan pada waktu hendak pulang, namun mereka tidak dibenarkan memberi ucapan.

Pada hari pertama sesi pengenalan calon yang diadakan di oleh Badan Perhubungan Umno Perak dan Selangor pada waktu pagi dan petang, kira-kira 1,000 perwakilan hadir pada setiap sesi, sementara pada sesi sebelah malam yang diadakan oleh Umno Wilayah Persekutuan di PWTC jumlah perwakilan meningkat dua kali ganda.

Program tersebut bersambung hari ini di Pahang, Terengganu dab Kelantan, diikuti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor esok pula sesi pengenalan calon diadakan dan di Sabah pada Rabu.

Sesi pengenalan calon bagi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang akan diadakan Jumaat ini.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan