Tindakan Tegas Terhadap Pegawai Salah Guna Peruntukan - Ahmad Husni

Diterbitkan: Ahad, 6 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Husni bermesra dengan orang ramai yang hadir pada majlis perasmian Medan Selera Tanjung Rambutan di Ipoh, malam Sabtu. - fotoBERNAMA
Ahmad Husni bermesra dengan orang ramai yang hadir pada majlis perasmian Medan Selera Tanjung Rambutan di Ipoh, malam Sabtu. - fotoBERNAMA

IPOH: Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai dan staf mana-mana kementerian dan agensi yang menyalahguna peruntukan dan tidak mematuhi peraturan.

Beliau berkata perkara itu perlu dipandang serius bagi mengelak ia berlarutan sehingga boleh menjejaskan prestasi dan pencapaian negara.

"Pihak Kabinet ambil perhatian yang cukup serius mengenai laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini, kerana belanjawan yang tidak mengikut peraturan akan terjejas ekoran negara memperuntukkan RM250 bilion setahun untuk pelbagai perkara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Medan Selera Tanjung Rambutan di sini malam Sabtu.

Selain itu, beliau berkata individu yang terlibat dalam permasalahan laporan audit akan menjejaskan imej kira-kira 1.1 juta kakitangan awam.

Katanya tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang terlibat akan mewujudkan ekosistem yang lebih kondusif dan memastikan kakitangan kerajaan tidak berani untuk mengulangi kesilapan sama.

"Sesiapa yang melakukan penyelewengan contohnya melibatkan rasuah pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap individu tersebut supaya mesej ini sampai kepada kakitangan kerajaan yang lain untuk tidak melakukan perkara itu," katanya.

Ditanya adakah Kementerian Kewangan akan mewujudkan badan atau jawatankuasa pemantau di setiap kementerian bagi menangani permasalahan itu, beliau berkata ia akan dilihat kemudian, bagaimanapun mesej mengenai belanjawan telah diberi kepada pegawai Kementerian Kewangan dan agensi di bawahnya.

"Sebenarnya bajet ada dua iaitu satu perbelanjaan mengurus di bawah Kementerian Kewangan, satu lagi perbelanjaan pembangunan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Mesej ini kita telah beri kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri.

"Mulai sekarang ia akan jadi lebih terperinci contohnya melibatkan kelulusan, supaya kesalahan tidak mudah dilakukan kerana kita ada sistem mewakilkan kuasa," katanya.

Medan selera yang menyediakan 26 gerai merangkumi 12 gerai tertutup dan 14 gerai terbuk itu mula beroperasi September lepas.

Majlis Perbandaran Ipoh telah memasang 13 lampu hiasan di kawasan sekitarnya daripada peruntukan tambahan berjumlah RM90,000 bagi membangunkan landskap Sungai Kinta di Tanjung Rambutan serta mewujudkan 'Tebingan Mini". - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan