TH Cadang Tambah Kuota Haji Untuk Kurangkan Jemaah Tunggu Giliran

Diterbitkan: Ahad, 6 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MACHANG: Lembaga Tabung Haji (TH) bercadang menambah kuota haji bagi jemaah Malaysia dalam usaha untuk mengurangkan bilangan jemaah yang terpaksa menunggu giliran ke Tanah Suci antaranya hingga 49 tahun.

Mengumumkan demikian Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, tambahan kuota itu adalah untuk sejumlah 600 orang daripada seramai 21,600 sekarang kepada 22,200 orang. Ini dilakukan menerusi pemansuhan penghantaran petugas haji dari negara ini pada musim haji tahun depan, katanya. Tambahan ini akan dapat diagihkan di kalangan lebih sejuta bakal jemaah yang telah berdaftar dengan TH, kata Abdul Azeez. Berikutan itu, TH akan melantik mereka yang bermastautin sama ada di Madinah atau di Mekah sebagai petugas untuk membantu jemaah haji dari negara ini agar dapat mengerjakan haji dengan lebih sempurna.

"Kita dapati ramai rakyat Malaysia tiggal di Arab Saudi sebagai penduduk tetap dan jika ia tidak mencukupi kita bersedia melantik rakyat Indonesia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada keluarga jemaah haji Allahyarham Shamsiah Yaacob, 59, yang meninggal dunia di Tanah Suci Mekah pada 28 September lepas.

Bantuan itu diterima oleh anak sulung Shamsiah, Azliman Awang, 40.

Turut hadir di majlis itu anggota Parlimen Machang, Datuk Jazlan Yaacob.

Abdul Azeez berkata, langkah itu menjimatkan kos yang ditanggung TH kerana menampung tambang petugas dari negara ini sebagaimana diamalkan sebelum ini.

Katanya, mulai tahun depan pihaknya akan memperhalusi supaya mereka yang tidak pernah menunai haji diberikan keutamaan berbuat demikian.

Selain itu beliau juga memberi jaminan pemberian subsidi sebanyak RM5,575 kepada setiap bakal haji yang terpilih untuk menunaikan ibadah itu akan diteruskan walaupun ekonomi dunia diramalkan tidak menentu.

Katanya, ini bermakna perbelanjaan setiap bakal haji masih kekal iaitu sebanyak RM9,980, perbelanjaan terendah di dunia. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan