Petronas Pelabur FDI Terbesar Di Kanada - PM

Diterbitkan: Ahad, 6 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bersalaman dengan Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper selepas mengadakan sidang media bersama pada pertemuan dua hala Malaysia-Kanada di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Ahad. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bersalaman dengan Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper selepas mengadakan sidang media bersama pada pertemuan dua hala Malaysia-Kanada di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Ahad. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Syarikat minyak negara, Petronas, muncul sebagai pelabur terus asing terbesar di Kanada berikutan pelaburannya yang bernilai C$36 bilion baru-baru ini dalam industri gas asli cecair (LNG) Kanada.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa Petronas akan membangunkan loji LNG di Kanada dengan fasiliti huluan berkaitan termasuk saluran paip untuk projek itu.

"Asas hubungan Malaysia dan Kanada selama ini adalah dalam bidang ekonomi dan perniagaan. Kami gembira dengan kelulusan oleh kerajaan Kanada bagi pelaburan awal Petronas sebanyak C$5 bilion dalam Progress Energy Canada Ltd yang merupakan pelaburan penting bagi kita di Kanada.

"Kita juga mempunyai beberapa syarikat penting Kanada yang beroperasi di Malaysia dan saya telah diberitahu oleh Perdana Menteri Kanada bahawa mereka menikmati pengalaman perniagaan yang positif di Malaysia," katanya kepada satu sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Kanada, Stephen Harper, di sini Ahad.

Najib berkata Malaysia menganggap Kanada sebagai rakan kongsi yang penting dalam pembangunan ekonomi negara dan hubungan ekonomi kedua-dua negara berjalan lancar dengan banyak perkembangan positif dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Malaysia juga berbesar hati untuk menjadi antara rakan dagangan terbesar Kana di Asean, dengan jumlah dagangan sebanyak US$1.87 bilion (RM5.78 bilion) pada 2012, dengan eksport meningkat 5.2 peratus kepada RM2.93 bilion sementara import naik 2.6 peratus kepada RM2.87 bilion.

Dalam satu mesyuarat tertutup sebelum itu, kedua-dua pemimpin juga bersetuju terus merancakkan kerjasama ekonomi untuk masa depan hubungan Malaysia-Kanada.

Najib berkata ia juga menandakan satu paras baharu dalam kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang, iaitu dagangan, pelaburan, perkaitan sektor swasta, keselamatan, pelancongan, pendidikan dan perkhidmatan kewangan.

Kedua-dua negara bersetuju bahawa Asean dan Kanada patut meneroka bidang baharu untuk mengukuhkan dan mempelbagaikan hubungan.

Najib berkata Malaysia percaya hubungan antara Asean dan Kanada boleh diperkukuhkan menerusi hubungan yang lebih kukuh dalam bidang maritim, keselamatan, makanan, jaminan tenaga dan keterhubungan.

Perdana Menteri itu juga berkata kerajaan mengalu-alukan pengesahan terma rujukan untuk Program Peningkatan Kerjasama Asean Kanada. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan