Peraturan Pemilihan Kekang Calon, Tapi Terlewat Untuk Diubah - Isa

Diterbitkan: Ahad, 6 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Calon bagi jawatan Naib Presiden Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengakui pelbagai peraturan ditetapkan jawatankuasa pemilihan UMNO menimbulkan kekangan kepada calon yang bertanding.

Beliau bagaimanapun berkata, sebarang usaha untuk mengubah peraturan itu kini sudah terlewat memandangkan tempoh pemilihan yang semakin hampir.

Katanya, usaha itu sepatutnya dilakukan sebelum pemilihan namun terpulang kepada jawatankuasa Majlis Tertinggi UMNO untuk melaksanakan perubahan tersebut.

"Saya melihat ini dah terlewat, pemilihan tinggal beberapa hari lagi. Sepatutnya ditimbulkan sebelum pemilihan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Dana Warisan Rumpun Melayu di sini, Ahad.

Beliau diminta mengulas mengenai kod etika pemilihan Umno kali ini yang dilihat ramai calon sebagai tidak munasabah kerana menyukarkan mereka untuk berkempen.

Di antara mereka ialah penyandang Ketua Umno Bahagian Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang dilaporkan berkata pada Sabtu, setiap calon yang bertanding perlu diberi ruang seluasnya untuk menyuarakan hasrat mereka dan bukan sekadar terbatas pada sesi pengenalan calon.

Beliau yang berasa pelik dengan peraturan itu menyifatkannya sebagai tidak munasabah kerana sesi pengenalan calon hanya sebagai acara rasmi untuk memperkenalkan diri kepada perwakilan.

Oleh yang demikian, Mohd Isa berharap pucuk pimpinan parti dapat melihat semula peraturan tersebut sama ada ia baik untuk Umno, supaya perkara sama tidak berulang di masa akan datang.

"Pada saya peraturan perlu ada, cuma ia terlalu rigid dan perkara itu sepatutnya diberi perhatian selepas pemilihan ini. "Cuma untuk sekarang ini kita tidak pasti sama ada sempat diubah atau pun tidak, terpulanglah kepada Majlis Tertinggi Umno, jawatankuasa disiplin hanya melaksanakan apa yang sudah diputuskan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan