Penemuan Senjata Api Tidak Mempunyai Kaitan Dengan Pengganas - Bukit Aman

Diterbitkan: Ahad, 6 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penemuan senjata api dan senjata berbahaya lain dalam Ops Cantas Khas yang dilaksanakan bagi membanteras kegiatan kongsi gelap tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas.

Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi dan Anti Pengganas) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata setakat ini hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati penemuan senjata itu hanya mempunyai kaitan dengan aktiviti jenayah.

"Tiada ke arah itu (aktiviti pengganas). Bagaimanapun kita sentiasa bergerak proaktif dan mengikuti perkembangan semasa untuk membanteras jenayah berat yang menggunakan senjata api," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menutup forum pengguna 'Masalah Pengguna, Masalah Kami, Masalah Negara' di sini, Ahad.

Forum selama dua hari ini merupakan anjuran bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sempena Pameran Halal Fiesta 2013 (HALFEST 2013).

Di majlis itu, PPIM menyerahkan resolusi pengguna kepada Mohamad Fuzi berkaitan lapan kes utama yang membebani kehidupan seharian masyarakat untuk perhatian dan tindakan PDRM.

Antara kes itu ialah berkaitan aktiviti Ah Long dan skim cepat kaya atau piramid yang mempunyai unsur penipuan terancang.

Mohamad Fuzi berkata pihaknya memandang serius kes sedemikian dan ia akan dibawa ke perhatian kepimpinan tertinggi PDRM untuk tindakan lanjut. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan