Patuhi Peraturan Pemilihan Umno, Jaga Perpaduan Parti - PM

Diterbitkan: Ahad, 6 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua calon yang bertanding pada pemilihan Umno kali ini supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan demi menjaga perpaduan parti.

Perdana Menteri berkata, hanya menerusi perpaduan, Umno akan terus berjaya dalam perjuangannya bagi membela bangsa, agama dan negara.

"Jaga perpaduan dalam pemilihan Umno...kalau kita bersatu, kita akan berjaya dalam perjuangan kita," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan watikah dan wakalah lembu korban sempena Aidiladha kepada surau dan masjid di kawasan Parlimen Pekan, di sini Sabtu.

Beliau berkata, calon yang bertanding perlulah menjaga kepentingan parti dan tidak mengutamakan kepentingan diri atau kebendaan semata-mata dalam perjuangan mereka.

Dengan mengambil iktibar daripada peristiwa korban dalam Islam, Najib berkata, prinsip perjuangan Umno perlulah berlandaskan kepada dua perkara iaitu ketaatan kepada Tuhan dan sanggup melakukan pergorbanan demi perjuangan kepada bangsa dan negara.

Katanya, perjuangan tidak boleh dilihat kepada perjuangan peribadi semata-mata, tetapi ianya menuntut kepada pergorbanan bagi mencapai matlamat perjuangan itu.

Perdana Menteri berkata, peristiwa korban dalam Islam melibatkan Nabi Ibrahim dan anakandanya Nabi Ismail, menuntut umat Islam supaya memahami bahawa skop pergorbanan itu sebenarnya luas, asalkan berpaksi kepada ketaatan kepada Allah SWT.

Beliau berkata, para pejuang Umno pada peringkat awal juga sebenarnya telah berkorban nyawa dalam menuntut kemerdekaan negara ini.

"Kita berjaya menempuh ujian kerana ada sebahagian daripada kita yang sanggup melakukan pengorbanan yang mutlak iaitu dengan nyawa mereka sendiri semata-mata menghadapi cabaran bangsa, agama dan negara.

"Perjuangan melalui Umno pula, kita berkorban dan berjuang dalam satu barisan dan mengutamakan perpaduan rakyat semasa kita mencapai kemerdekaan dulu, dan ini menjadi pengajaran serta ramuan kepada pembentukan negara kita," katanya.

Menurut Najib, Umno kini menghadapi cabaran berbeza namun semangat perjuangan dan pengorbanan para pengasas Umno perlu dihayati dalam menghadapi cabaran pada masa kini.

"Ancaman pada abad ke-21 berbeza sewaktu kita menuntut kemerdekaan atau melalui proses pasca-merdeka, tetapi nilainya yang perlu dihayati dan ia tidak lari daripada apa yang dilakukan dan ini berkaitan dengan ibadah korban, jika kita sanggup berkorban dan bertindak dalam ikatan yang padu, Allah akan memberi kemenangan kepada kita," katanya.

Pada majlis itu Najib menyerahkan 303 ekor lembu untuk diagihkan kepada masjid dan surau untuk ibadah korban sempena Aidiladha. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan