P. Pinang Meterai Perjanjian Asas Pembinaan Terowong Dasar Laut

Diterbitkan: Ahad, 6 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memeterai perjanjian asas dengan Consortium Zenith BUGC Sdn Bhd untuk pembinaan akses ketiga yang menghubungkan Pulau Pinang dan tanah besar yang bernilai RM6.3 bilion.

Lim berkata projek terowong dasar laut yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam serta tiga jalan pintas yang menghalakan lalu lintas ke terowong ini akan merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri ini. "Ia bukan sahaja akan menjana ekonomi di Pulau Pinang tetapi turut mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan serta limpahan pembangunan di bahagian Seberang Perai Utara (SPU)," katanya pada satu sidang media selepas majlis pemeteraian itu.

Turut diadakan pada majlis yang sama adalah pemeteraian perjanjian kejuruteraan, pembelian dan pembinaan (EPC) di antara Consortium Zenith BUGC Sdn Bhd dengan China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC).

Projek ini dijangka siap dalam tempoh 10 tahun dan terdiri daripada jalan pintas sepanjang 4.2 kilometer dari Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan pintas sepanjang 4.6 kilometer di antara Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan dan Bandar Baru Air Itam, jalan raya sepanjang 12 kilometer dari Jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang dan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang-Butterworth sepanjang 6.5 kilometer. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan