Mesyuarat Khas Kumpulan Penentang LDP Tidak Sah - VK Liew

Diterbitkan: Ahad, 6 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk VK Liew yang kini dilanda masalah, menegaskan Mesyuarat Khas diadakan oleh kumpulan penentang dalam parti itu hari ini adalah tidak sah.

Menegaskan ia tidak diiktiraf oleh Majlis Tertinggi dan ibu pejabat parti, beliau berkata dengan itu semua resolusi diluluskan (dalam Mesyuarat Khas) itu adalah tidak sah.

"Saya dimaklumkan oleh ibu pejabat Barisan Nasional (BN) bahawa ia tidak mengiktirafnya (mesyuarat). Berbuat demikian (mengiktirafnya) akan memberikan contoh tidak baik. Ia gagal mematuhi perlembagaan parti," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Liew, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan dalam pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, berkata demikian ketika diminta mengulas resolusi diluluskan kumpulan penentang yang mengadakan Mesyuarat Khas itu di Dewan Serbaguna Kian Kok Middle School, dekat sini.

Selain meluluskan undi tidak percaya, perwakilan dalam Mesyuarat Khas itu, juga sebulat suara menyokong resolusi diluluskan Majlis Tertinggi pada 10 Sept lepas, untuk menyingkirkan Liew sebagai presiden parti. Semasa mengumumkan keputusan itu, Pengerusi Mesyuarat Khas LDP Frank Leong berkata perwakilan turut menyokong Senator Datuk Chin Su Phin sebagai pemangku presiden berkuat kuasa serta merta mengikut Perkara 12 (c) perlembagaan parti.

Selain resolusi itu, perwakilan turut meluluskan resolusi lain, termasuk mengesahkan resolusi yang diluluskan Majlis Tertinggi pada 10 September untuk menggantung keanggotaan Liew dan setiausaha agungnya yang baharu dilantik Loretto S. Padua, sementara menunggu tindakan oleh jawatankuasa disiplin.

Sementara itu, Liew menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang mahu masalah dalaman parti itu diselesaikan secepat mungkin demi kepentingan memelihara keharmonian dalam gabungan BN.

Melahirkan kebimbangannya terhadap krisis kepimpinan dalam parti itu, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN, dipetik sebagai berkata di sini minggu lepas, bahawa beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya berbincang dengan pihak-pihak berkenaan sama ada wujud kemungkinan untuk berdamai atau menyelesaikan masalah dan mencapai persefahaman untuk mengatasinya.

Kumpulan Liew merancang mengadakan mesyuarat agung tahunan parti pada 19 Oktober di dewan serbaguna Yu Yuan di Sandakan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan