MB Johor Mahu JCSC Perbanyak Aktiviti Pupuk Keharmonian, Perpaduan

Diterbitkan: Ahad, 6 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mahu Kelab Kebudayaan dan Sukan Johor (JCSC) mengadakan lebih banyak aktiviti yang dapat memupuk nilai keharmonian dan perpaduan antara kaum.

Beliau berkata JCSC yang ditubuhkan sejak 1920, mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri untuk meneruskan aktiviti seumpama itu.

"Saya yakin kelab ini dapat menyumbang bukan sahaja kepada masyarakat setempat tetapi akan dapat membantu kerajaan negeri menyumbang kepada sosio-ekonomi," katanya semasa melancarkan bangunan baharu JCSC di sini, Sabtu.

Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri telah meluluskan permohonan kelab itu bagi peruntukan RM1 juta untuk menjayakan pelbagai program dan aktiviti dengan RM500,000 disalurkan tahun ini dan bakinya pada 2014.

"Saya meluluskan permohonan ini kerana melihat kelab ini bersemangat dan menunjukkan komitmen tinggi berusaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum. Dan diharapkan selepas ini pelbagai aktiviti akan dilaksanakan bagi tujuan itu," katanya.

Bangunan JCSC dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kolam renang, gelanggang tenis, sauna dan restoran.

Turut hadir dalam majlis itu Presiden JCSC Dr N.G. Baskaran dan timbalannya A. Prasad. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan