Gerakan Yakin BN Dapat Tawan Sungai Limau

Diterbitkan: Ahad, 6 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Parti Gerakan Kedah yakin Barisan Nasional (BN) mampu menawan Sungai Limau, yang merupakan kubu kuat PAS sejak 25 tahun lepas, pada pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan itu pada 4 November ini.

Pengerusinya, Dr Cheah Soon Hai berkata BN mampu menang dengan syarat semua jenteranya bekerja kuat dan tidak berpecah belah serta menyokong siapa sahaja calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.

"Saya juga yakin masyarakat Cina akan kembali menyokong BN berasaskan faktor Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir seorang yang dinamik dan bekerja keras," katanya pada sidang akhbar di pejabat Gerakan Kedah pada Ahad.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah pada 26 Sept lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 23 Oktober ini sebagai hari penamaan calon.

Dr Cheah berkata partinya juga telah menubuhkan jawatankuasa PRK Sungai Limau dipengerusikan beliau sendiri serta Bilik Gerakan di Pekan Sungai Limau Dalam yang diaktifkan minggu lepas. Beliau berkata sebanyak 300 anggota parti itu termasuk dari Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor akan turun membantu calon BN pada PRK berkenaan. "Kami dapati kira-kira 40 peratus dari 1,838 pengundi Tionghua adalah golongan muda berumur bawah 40 tahun. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas, B Ntewas di 13 dari 19 Pusat Daerah Mengundi dalam DUN Sungai Limau. "Bagi menghadapi PRK ini, kami berganding bahu dengan rakan komponen B Nuntuk mencari ramai pengundi muda yang tinggal di Alor Setar, Sungai Petani dan Pulau Pinang," katanya.

Dr Cheah berkata Gerakan sentiasa berusaha mencari mekanisme baharu untuk menarik sokongan rakyat selain berkempen rumah ke rumah.

"Ada masyarakat Cina menganggap perhimpunan 505 wujud kerana isu perkauman dan tidak baik untuk masa depan rakyat, namun saya yakin ia tidak menjejaskan sokongan masyarakat luar bandar seperti Sungai Limau kepada BN," katanya.

Beliau juga berkata walaupun Sungai Limau kubu kuat PAS namun kepimpinan Mukhriz telah banyak melakukan anjakan yang berhasil mengubah pemikiran rakyat.

Katanya, PRK ini bukan tugas mudah namun Mukhriz, yang mahu Kedah terus maju, mampu memberi kejutan kepada pembangkang.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Lay Hoi Keong dan Pengerusi Negeri Sembilan David Choong Vee Hing. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan