Dua Jawatan Tertinggi Gerakan Tidak Perlu Dipertandingkan - Chang

Diterbitkan: Ahad, 6 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Timbalan presiden Parti Gerakan Datuk Chang Ko Youn berpendapat dua jawatan tertinggi parti itu tidak perlu dipertandingkan pada pemilihan 26 Oktober ini bagi mengelak kesan negatif.

Justeru beliau berkata sama ada dirinya bersedia bertanding bagi jawatan tertinggi atau sebaliknya bergantung kepada persefahaman yang dicapai serta keputusan strategi jawatankuasa parti. "Saya tidak akan buat keputusan pada masa ini. Saya akan bincang dengan jawatankuasa pusat mengenai jawatan presiden dan timbalan presiden kerana pendapat saya parti perlu elak pertandingan bagi kedua-dua jawatan terutama dalam suasana politik sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian persidangan perwakilan parti peringkat negeri Perak oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di sini, Ahad.

Beliau berkata walaupun mengikut prinsip demokrasi adalah lebih baik jika ada pertandingan yang membolehkan perwakilan memilih mereka yang berkebolehan dan berkeyakinan, namun aspek bagaimana menguruskan kesan negatif selepas pemilihan juga sesuatu yang sangat penting.

Chang berkata ada anggota yang meninggalkan parti, sesetengah pula tidak mahu terlibat dalam kerja parti malah ada juga yang berkata 'kamu menang, jadi kamu sahajalah yang buat kerja', ini merupakan kesan tidak sihat yang berlaku selepas pemilihan, katanya.

Katanya pada masa sekarang apa yang lebih penting adalah perpaduan dalam kalangan anggota parti.

Mengenai jawatan pengerusi dan anggota jawatankuasa Gerakan negeri Perak yang baharu, beliau menggesa kepimpinan itu melaksanakan dua perkara iaitu menambah bilangan anggota baharu Gerakan serta memperkukuh organisasi bukan hanya di peringkat negeri malah di cawangan dan bahagian.

Walaupun pemilihan peringkat negeri dilihat mengalami sedikit tekanan, Chang yang merupakan penyandang jawatan pengerusi Gerakan Perak selama lapan tahun berkata sesiapa yang menang mempunyai tanggungjawab berat terutama untuk menyatupadukan anggota.

Sementara itu ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe berkata beliau belum memutuskan sama ada bertanding jawatan pucuk pimpinan parti.

"Kita mahukan penyerahan dan peralihan pucuk pimpinan berjalan lancar, itu yang penting dalam suasana politik yang begitu mencabar hari ini. Kita juga mahu mengurangkan pergolakan dalaman kerana cabaran di luar lebih penting yang menuntut anggota Gerakan mempunyai lebih semangat 'satu hati'," katanya.

Pada persidangan hari ini Tan tewas kepada pengerusi bahagian Gopeng Dr Lee Chee Pheng bagi jawatan pengerusi Gerakan negeri Perak selepas Lee meraih 211 undi manakala Tan mendapat 178 undi.

Di ALOR SETAR, pengerusi Badan Perhubungan Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lau Hoi Keong dan pengerusi Gerakan Kedah, Dr Cheah Soon Hai masing-masing dicadangkan bertanding jawatan timbalan pengerusi dan naib pengerusi kebangsaan parti itu.

Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan David Choong Vee Hing berkata parti itu memerlukan pemimpin baharu yang telah membuktikan keupayaan mereka untuk meningkatkan sokongan rakyat terhadap Gerakan.

"Saya telah berbincang dengan beberapa rakan dan mereka juga sependapat dengan saya bahawa Gerakan memerlukan pemimpin muda," katanya kepada pemberita.

Lau, 43, yang juga pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Gerakan Pusat manakala Dr Cheah, 51, menjadi pengerusi negeri Kedah sejak 2008.

Kedua-dua pemimpin itu berkata mereka akan mempertimbangkan cadangan berkenaan dan akan membuat keputusan berdasarkan maklum balas anggota selepas menjelajah ke seluruh negara menjelang tarikh penamaan calon. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan