2,000 Perwakilan Hadir Sesi Perkenal Calon Umno Di Kelantan

Diterbitkan: Ahad, 6 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Para perwakilan bersorak ketika nama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed diumumkan bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi Umno pada Majlis Pengenalan Calon Anggota Majlis Tertinggi dan Sayap Pergerakan Umno 2013-2016 di Bangunan Umno Kelantan di Kota Baharu, Ahad. -fotoBERNAMA

KOTA BAHARU: Sesi memperkenalkan calon bagi pemilihan peringkat tertinggi Umno di Kelantan pada Ahad dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan Umno negeri.

Kesemua calon naib presiden, anggota Majlis Tertinggi (MT) dan Exco untuk ketiga-tiga sayap parti diperkenalkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dalam majlis di Bangunan Umno Negeri di sini.

Antara calon yang hadir ialah Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang bertanding untuk jawatan naib presiden.

Hadir sama calon MT, antaranya Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Besar Perlis Azlan Man, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk Dr Norraesah Mohamad dan Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Turut hadir calon Ketua Wanita Datuk Maznah Mazlan.

Mereka kemudiannya mengambil peluang untuk bertemu perwakilan.

Pemilihan bagi exco ketiga-tiga sayap dijadual 12 Oktober dan MT pada 19 Oktober. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan