Presiden China Akhiri Lawatan Ke Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 5 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Presiden China Xi Jinping pada Sabtu mengakhiri lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia.

Xi dan isteri Peng Liyuan serta delegasi lawatan berlepas ke Bali, Indonesia dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 2 petang Sabtu untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) ke-21.

Hadir sama untuk mengucapkan selamat jalan kepada Xi ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Terdahulu, Xi mengadakan pertemuan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di ibu negara.

Antara atur cara beliau sepanjang lawatan adalah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menghadiri jamuan negara bersama-sama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, menghadiri Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia-China dan bertemu masyarakat China dan komuniti Cina di Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan