Panel SPRM Puji Ketelusan Laporan Ketua Audit Negara

Diterbitkan: Sabtu, 5 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Panel di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memuji ketelusan Laporan Ketua Audit Negara 2012, tetapi kecewa dengan percanggahan dalam sistem tender kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Datuk Johan Jaaffar berkata laporan itu mendedahkan pelbagai kelemahan dalam pengurusan kewangan kementerian, agensi, kerajaan negeri dan syarikat-syarikat milik kerajaan.

Panel itu juga menghargai komitmen tinggi Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam menghasilkan laporan tahunan yang telus, kata Johan bagi pihak ahli-ahli panel dalam satu kenyataan, Jumaat.

"Kesediaan kerajaan dalam menerima laporan layak dipuji dan menunjukkan bahawa kerajaan tidak mempunyai sebarang niat untuk menyimpan mana-mana bahagian laporan itu daripada diketahui umum, tidak kira berapa kritikal hasil semakan itu atau ia boleh memberikan persepsi negatif orang ramai," katanya.

Beliau juga berkata panel itu mengambil kira pelbagai langkah pemulihan yang diambil oleh pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri sebagai tindak balas kepada kritikan yang terkandung dalam laporan sebelumnya.

Walau bagaimanapun panel itu kecewa dengan percanggahan dalam sistem tender, bekalan dan perolehan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh kementerian, agensi, kerajaan negeri dan syarikat-syarikat kerajaan yang terlibat, katanya.

"Kami memandang serius kelemahan yang bukan sahaja boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa dan rasuah tetapi menjejaskan sistem penyampaian kerajaan," katanya.

Johan berkata panel itu amat bimbang dengan tindakan kecuaian yang serius dalam sistem kawalan dan pengawasan yang mengakibatkan aset berbahaya seperti senjata api yang hilang.

"Apa juga yang jelas adalah kekurangan penyeliaan ke atas pembekal dan kontraktor yang menyebabkan prestasi kerja tidak memuaskan," katanya.

Panel itu juga bingung dengan hakikat bahawa walaupun kelemahan ini telah ditonjolkan dalam laporan sebelum ini, ia tetap terus berulang.

"Oleh itu, kami menggesa Ketua Setiausaha Negara untuk membentuk satu jawatankuasa khas untuk bertindak ke atas Laporan Ketua Audit Negara 2012c supaya tindakan segera yang sesuai boleh diambil untuk menangani kelemahan ini," katanya.

Panel itu juga menyeru Ketua Setiausaha mengemukakan cadangan penambahbaikan untuk mengelakkan kelemahan itu daripada berulang.

Panel juga menyeru kerajaan-kerajaan negeri dan syarikat-syarikat kerajaan mengambil tindakan segera untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

"Kami juga menyokong cadangan Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan lebih kerap seperti tiga kali setahun bagi membolehkan pemantauan dan pengawasan yang lebih berkesan dan langkah-langkah pemulihan yang lebih cepat untuk menangani kelemahan ini," kata Johan.

Panel menyokong apa sahaja langkah yang perlu diambil untuk penambahbaikan dalam perkhidmatan awam.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan