Mangsa Pencerobohan Laman Web Perlu Lapor Kepada Polis, SKMM

Diterbitkan: Sabtu, 5 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Pengguna laman sosial dan laman web yang menjadi mangsa pencerobohan perlu membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan pihak tidak bertanggungjawab itu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata mereka juga boleh membuat aduan mengikut Akta Perlindungan Peribadi bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan.

"Kita sedia maklum sesuatu maklumat peribadi adalah hak peribadi masing-masing dan ia tidak boleh diceroboh oleh pihak lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Astro Kasih Bersama Komuniti Kuala Berang di sini, Sabtu.

Pada Rabu lepas sistem e-mel dua buah sekolah rendah di daerah Setiu, dekat sini digodam apabila pihak sekolah menerima e-mel yang meminta borang kemas kini maklumat atau data guru.

Perkara sama turut dilaporkan berlaku di negeri-negeri lain sebelum itu.

Mengenai program Jelajah Astro Kasih Bersama Komuniti, Jailani berkata ia berobjetif menerapkan semangat kasih dan sayang sesama masyarakat melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan