Jangan Jadikan Pemilihan Umno 'Pesta' Cari Tukang Karut - Tengku Adnan

Diterbitkan: Sabtu, 5 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan semua anggota parti agar mematuhi peraturan dan etika ditetapkan bagi memastikan pemilihan parti tidak menjadi 'pesta' mencari tukang karut atau tukang nyanyi.

Beliau berkata sebagai sebuah parti yang berstruktur, etika dan peraturan dalam pemilihan Umno sudah lama wujud serta diamalkan, dan ia juga diluluskan anggota Umno sendiri.

"Tak payahlah kita nak ghairah buat satu keadaan di mana pemilihan Umno ini dijadikan sebagai pesta. Jangan... kita nak pilih pemimpin, bukan nak pilih tukang nyanyi atau tukang karut, kita nak pilih pemimpin untuk masa depan negara.

"Apa yang dalam etika kata boleh buat, buat, kalau tak boleh buat, jangan buat. Jika esok ada yang tertangkap (disebabkan pelanggaran etika), jangan salahkan mana-mana pihak kerana kita juga adalah parti yang punya struktur.

"Saya harap sesiapa yang bertanding pada pemilihan kali ini sentiasa mengingati cogan kata Umno iaitu Bersatu, Bersetia, Berkhidmat," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran Perumahan Awam Sementara Air Panas A, dekat sini, yang berlaku pagi Sabtu.

Beberapa pemimpin dan calon yang bertanding mempersoal tata etika, yang antara lain, tidak membenarkan calon berkempen secara bersendirian dan hanya boleh mempromosi diri melalui majlis rasmi yang diatur Badan Perhubungan Umno setiap negeri.

Mereka berpendapat keadaan itu menyukarkan mereka berkempen terutama calon yang kurang dikenali perwakilan.

Terdahulu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mangsa kebakaran selain memberi jaminan akan memindahkan mereka ke PPR Bukit Jalil dengan segera.

Beliau turut mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memindahkan 186 penduduk lain ke PPR Bukit Jalil memandangkan kawasan perumahan kayu yang sudah usang itu berisiko tinggi terbakar.

"Kita akan menyediakan kemudahan logistik semasa proses perpindahan itu. Kita mahu rakyat Wilayah Persekutuan mendapat kehidupan lebih lestari dan mereka sentiasa gembira," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan