Bekas Ketua Hakim Negara Cadang Kuasa Mahkamah Syariah Di Bawah Kerajaan Persekutuan

Diterbitkan: Sabtu, 5 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berharap kerajaan menimbangkan cadangan kuasa Mahkamah Syariah diletakkan di bawah kerajaan Persekutuan dan bukan kerajaan negeri dalam usaha menambah baik dan mengatasi masalah berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Beliau berkata, sekiranya Mahkamah Syariah masih berada di bawah kerajaan negeri, bidang kuasanya amat terhad dan banyak kes tidak dapat diselesaikan.

"Oleh sebab itu, sejak 17 tahun lalu, saya cadangkan ini...saya tahu, sejak ia dicadangkan ia tidak boleh diterima banyak pihak, tidak kisahlah saya hanya memberi cadangan, tetapi ini untuk kepentingan semua pihak," katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Peguam Syarie Pulau Pinang, di sini Sabtu.

Abdul Hamid berkata, beliau turut mencadangkan agar hakim mahkamah sivil bersidang bersama seorang hakim syarie atau menggabungkan kedua-dua mahkamah berkenaan ketika perbicaraan bagi mendapatkan satu keputusan yang tepat.

Beliau berkata, sekiranya sesuatu kes itu bersangkut dengan isu syariah, maka mahkamah sivil tidak akan buat keputusan dengan alasan ia terletak dalam bidang kuasa mahkamah syariah.

"Perkara ini boleh dilihat dalam kes murtad, walaupun pemohon mengatakan dia bukan lagi beragama Islam, mahkamah sivil tetap menganggap pemohon seorang Islam selagi ia tidak diisytiharkan oleh mahkamah syariah bahawa pemohon itu bukan Islam lagi.

"Oleh itu, mahkamah syariah masih mempunyai bidang kuasa ke atasnya (pemohon)," katanya.

Abdul Hamid berkata, beliau juga berharap agar cadangannya sejak 17 tahun lepas itu mendapat sokongan semua pihak kerana ia mampu menyelesaikan masalah semua pihak termasuk bukan Islam.

"Pada saya, ini satu pindaan yang sepatutnya disokong oleh semua parti sama ada pembangkang atau kerajaan, orang Islam atau sebaliknya, sebab ia akan menyelesaikan masalah semua pihak tanpa mengira agama," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan