Anak Penjaga Gol Utama Pasukan JDT Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 5 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muhammad Al Hafiz Hamzah dan isterinya Fatihah Nur Fadzil sebak menatap jenazah anak sulung mereka, Muhammad Adam Farish Muhammad Al-Hafiz (23 bulan) di rumah saudara mereka di Kampung Bakar Batu Johor Bahru, Sabtu. Foto BERNAMA
Muhammad Al Hafiz Hamzah dan isterinya Fatihah Nur Fadzil sebak menatap jenazah anak sulung mereka, Muhammad Adam Farish Muhammad Al-Hafiz (23 bulan) di rumah saudara mereka di Kampung Bakar Batu Johor Bahru, Sabtu. Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Anak lelaki penjaga gol utama pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (Johor DT) Muhammad Adam Farish Muhammad Al-Hafiz Hamzah meninggal dunia di sini Sabtu, akibat komplikasi penyakit jantung, paru-paru dan pernafasan.

Muhammad Adam Farish yang akan mencecah umur dua tahun bulan depan meninggal dunia kira-kira pukul 4.16 pagi di Hospital Sultanah Aminah.

Muhammad Al-Hafiz yang ditemui pemberita, berkata dia berasa sedih dan terkilan kerana tidak berada di sisi anaknya ketika ia menghembuskan nafas terakhir.

Beliau berada di Kota Bharu bersama skuad Harimau Selatan sebagai persiapan menentang pasukan Kelantan pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia yang dijadual malam Sabtu.

Penjaga gol terbabit kemudian tiba di rumah seorang saudaranya di Kampung Bakar Batu, di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari untuk pengurusan jenazah anaknya sebelum dibawa ke kampung halaman isterinya di Kampung Pantai Johor, Alor Setar, Kedah untuk pengkebumian.

Sementara itu, isteri Muhammad Al-Hafiz, Fatihah Nur Fadzil, 24, berkata, anaknya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu pada kira-kira pukul 9 pagi Jumaat selepas mengalami kesukaran bernafas.

Menurut Fatihah, anak tunggalnya itu sudah mengalami masalah jantung dan paru-paru sejak dilahirkan dan sering dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Mohd Fahmy Yahya berkata, Muhammad Al-Hafiz akan direhatkan pada perlawanan menentang Kelantan bagi membolehkan beliau menguruskan jenazah anaknya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan